unclemaniam.blogspot.com

Monday 8 February 2016

FAKTA DISEMBUNYIKAN, LELAKI INI DEDAH KEAJAIBAN AIR KETUM MERAWAT PENYAKIT

No comments :



Kesihatan palsu

Hakikatnya diri aku sudah lembik, cepat letih, kerap batuk2 menyebabkan sukar nak bercakap, batuk sehingga muntah kerana angin sangkut dlm badan bermain2 seperti roller coster. Batuk sampai nak makan pun susah, angin menendang2 dan mulut terasa seperti ada asid , terasa pedih sgt setiap kali hendak memulakan makan atau minum ataupun sewaktu meludah. Pedihnya sampai keluar air mata. Lebih terasa jika kandungan makanan/minuman yg bergula.

Alketumtum
Bermulalah kisah ttg daun ketum.

Sewaktu aku mula2 kena penyakit kanser ini dimana ketika itu ia pada stage 2b, pada waktu itu aku berjalan dgn bertongkat kerana sakit urat sendi.

Berdenyut-denyut sakitnya lebih2 lagi ketika waktu 2-3 pagi sampai terpaksa tidur dlm keadaan bersujud utk kurangkan sakit ,terasa urat seperti ditarik2.

Lalu pada satu hari kawanku mencadankangku utk minum air rebusan daun ketum original rebus sendiri kat rumah tanpa merepek campur ubat nyamuk,ubat batok ataupun bendasing lain yg menambahkan huru hara pada air ketum yg pahit itu.

Ajaibnya setelah aku minum.air ketum, sakit urat sendi aku terus hilang sampai ke hari ini.

Dan aku tidak kerap minum air daun ketum sehinggalah baru2 ini, ketika penyakit aku smkin menghuru harakan tubuh badan aku.

Aku tidak akan dapat keluar rumah tanpa minum air ketum.

Ajaibnya air ketum ini ia menjadikan aku seperti org sihat ,bolehla. Kudrat pun bertenaga dah x lembik dan dapatlah aku jadi org berguna sedikit drpd terperap di rumah dgn menghabiskan masa dgn byk berbaring.

Batuk aku menjadi lega, angin yg sangkut di dlm bdn keluar, muntah pun dpt dikawal,kudrat bertenaga, dapat berborak dengan lancar bersama kawan2,kikiki dan yg paling penting aku tahu khasiat ketum ini dpt mengawal paras gula dalam darah dan itu sgt baik utk pesakit kanser yg degil masih x mahu berpantang gula sehabisnya. (Akulah tu)

Sekali minum secawan, bolehlah tahan kesannya antara 3-5 jam lepastu jadi lembik balik. Kena minum semula kalau nak keluar rumah ataupun nak makan tengahari dan malam.supaya senang telan makanan bagi memerangi angin yg sangkut di dalam badan ini.

Maka ingin sy katakan bahawa ketum ada gunanya bagi pesakit mcm sy . Selama aku minum ketum tidak pernah pula aku terasa mabuk bahkan fikiran menjadi lebih aktif dan menjadikan keadaan diri aku lebih waras. Ia seperti pelali kpd kesakitan yg aku hidapi.

Alhamdulillah niat aku utk berubat dan tidak pernah berniat utk mabuk bahkan solatku menjadi lebih baik dan tidak selalu batuk2 utk menunaikan solat.

Tapi sayang ia hanya kesihatan palsu, yg tanpanya aku menjadi lembik dan lebih byk berbaring.

Dipetik dari FacebookIzmer Izani
 

No comments :

Post a Comment