unclemaniam.blogspot.com

Tuesday 9 February 2016

DJ LENG YEIN LUAH RASA KECEWA STAF MAS KURANG AJAR DI KLIA

1 comment :


Kuala Lumpur, 9 Feb - DJ dari Malaysia, DJ Leng Yein hari ini meluahkan pengalaman buruknya dengan seorang staf MAS ketika dia mendarat di KLIA baru-baru ini.

Luahan tidak puas hati itu dikongsi oleh Yein menerusi satu posting di Facebook Page rasmi miliknya.

"Perkara pertama apabila saya tiba di Malaysia, lelaki ini(staf MAS) muncul dan menunjukkan bagaimana sifat buruk orang Malaysia", kata Yein memulakan posting FB tersebut.

Menurut Yein, dia mula terkejut apabila seorang staf MAS memberhentikan lelaki dihadapannya dengan cara yang kasar.

"Lelaki ini (staf MAS) telah memberhentikan penumpang itu menggunakan tangan dengan kasar dan muka menjengkelkan (seperti dia mengalami hari yang buruk)

"Kemudian staf itu berkata 'Mana Tiket Kamu'. Kemudian penumpang yang kecewa dengan kelakuan staf tersebut berlalu pergi.

"Saya yang berada di belakang penumpang itu kemudian menunjukkan tiket dan dia berkata 'Kurang Ajar!' di depan muka saya", tulis Yein.

Tambah Yein lagi, dia turut menegur perbuatan staf tersebut namun mendapat jawapan yang tidak memuaskan.

"Saya beritahu dia 'Kenapa khidmat pelanggan di barisan hadapan sangat kurang ajar?'. Dia kemudian menjawab : 'Kamu tak suka, kamu komplen lah'".

Yein juga turut menzahirkan rasa kecewanya dengan apa yang berlaku dan turut berkata dia telah membuat laporan kepada MAS berhubung kejadian.

Posting oleh Yein itu telah mendapat lebih dari 2,000 perkongsian dan lebih dari 700 komen. - SUMBER


1 comment :

  1. Itu la masalahnya bila pekerja tidak gembira bekerja..

    ReplyDelete