Wednesday 24 February 2016
"CIKGU TAK PATUT DENDAN ANAK SAYA CUCI LONGKANG !" - CIKGU DHIYA DISERANG IBU PELAJAR
KUALA LUMPUR - "Saya beri amaran pada cikgu, jangan sesekali ulang perkara yang sama!" demikian amaran seorang ibu pelajar kepada guru biologi kelas anaknya.
Cikgu Dhiya, 'diserang' oleh ibu pelajar Tingkatan 4 bernama Hazril Faizul, melalui applikasi WhatsApp.
"Apa yang cikgu ajar anak saya? Tak nampak prestasi langsung. Awak sebagai cikgu seharusnya ambil tahu perkembangan murid. Jangan ambil mudah, saya tidak mahu anak saya tercicir dalam pelajar.
"Saya dengar anak saya didenda oleh cikgu yang mengarahkannya mencuci longkang. Apa salah dia sampai didenda sebegitu? Saya beri amaran pada cikgu, jangan sesekali ulang perkara yang sama!" tegas wanita itu tanpa bertanya terlebih dahulu.
Ekoran tiada sifat hormat pada guru, Cikgu Dhiya mendedahkan perangai anak wanita itu yang sememangnya bermasalah.
"Anak puan memang bermasalah. Class Biology saya hanya 3 atau 4 kali sahaja dia hadir dalam sebulan. Datang sekolah, tetapi kelas saya, dia tak masuk.
"Datang ke sekolah, siap bawa handphone. Tetapi homework yang diberikan tidak pernah nak disiapkan. Salah ke saya denda cuci longkang surau sebagai pengajaran?
"Saya tak sentuh pun anak puan. Kalau saya sebagai pendidik tidak boleh mendidik anak puan, lebih baik puan sajalah yang mendidiknya. SAya tak boleh dah nak menegur, nanti mak dan ayahnya serang, lapor polis dan sebagainya. Saya didik murid saya mengikut cara saya. Kalau tak puan tak suka, maafkan saya," jelasnya.
Tambah Cikgu Dhiya lagi, dia hanyalah manusia biasa yang banyak kekurangan. Namun dia telah cuba sedaya upaya mendidik anak muridnya menjadi yang terbaik.
"Saya sayangkan anak-anak murid saya. Saya tidak mahu mereka rosak disebabkan fikiran kolot ibu bapa mereka. Puan sepatutnya hormat saya sebagai guru, bukan main terjah saya," katanya.
Cikgu Dhiya juga turut menasihatkan wanita terbabit untuk duduk berbincang dengan anaknya itu bagi mengetahui apa masalahnya yang sebenarnya. - SUMBER
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment