unclemaniam.blogspot.com

Monday 22 February 2016

CERITA SEBENAR CUBAAN CULIK GADIS 20 TAHUN INI

No comments :


\KUALA LUMPUR - Seorang gadis berusia 20 tahun dilaporkan telah diculik dalam kejadian yang berlaku lebih kurang jam 8.30 pagi tadi di Infrastructure University Kuala Lumpur (IUKL).

Gambar mangsa dan kenderaan suspek mula tersebar di laman sosial yang meminta orang ramai mengesan kenderaan tersebut.

"Mohon share pada semua. Anak buah saya, Nur Sabrina Atiqah telah diculik oleh kereta Honda nombor pendaftaran DAN 1985 pada 22 Februari 2016 lebih kurang jam 8.30 pagi tadi di IUKL," kata mesej tersebut.

Bagaimanapun, laporan polis yang dipercayai dibuat oleh ahli keluarga gadis itu pula menyatakan sebaliknya.

"Saya hantar anak sulung saya ke IUKL untuk ambil slip peperiksaan dan menyuruh anak kedua saya menemaninya.

"Bagaimanapun pengawal keselamatan IUKL memberitahu bahawa anak sulung saya itu telah berlari menghala ke kereta tersebut yang kemudiannya memecut laju melanggar lampu isyarat di simpang UNITEN.

"Saya cuba mengejar kereta itu sehingga ke Kajang Silk. Malangnya kereta itu telah hilang dari pandangan saya.

"Saya pernah melihat kereta itu digunakan oleh rakan lelaki anak saya bernama Nublin. Sebelum ini saya pernah melarang mereka berkawan rapat kerana bimbang akan menganggu pelajarannya anak Sabrina," katanya.

Menurut ibunya lagi, dia telah menghubungi bapa lelaki terbabit untuk memaklumkan bahawa anaknya telah melarikan anak saya. Namun bapa lelaki terbabit tidak mengetahui apa-apa mengenai perkara itu.

Bimbang dengan keselamatan anaknya, ibu mangsa membuat laporan polis. SUMBER

No comments :

Post a Comment