unclemaniam.blogspot.com

Saturday 13 February 2016

"ADA SEBAB SAYA NAIKKAN BAYARAN" - SITI NORDIANA

No comments :


SITI Nordiana yang hampir putus asa sebelum bergelar juara program Gegar Vaganza kini dikatakan sering menaikkan bayaran bagi persembahan yang akan dilakukannya.

Namun, menurut Siti Nordiana ada sebab tertentu kenapa dia mengambil keputusan sedemikian.

“Saya bukannya berubah atau lupa diri. Waktu saya kurang tawaran, bayar macam mana sekalipun saya tetap pergi tanpa banyak berkira.

“Orang panggil menyanyi, saya pergi sahaja tanpa tanya soal bayaran”

“Tapi sekarang berbeza sikit kerana saya buat persembahan dengan orang lain juga. Sebelum ini saya buat solekan sendiri, kini ada jurusolek dan mereka perlu dibayar.

“Saya juga ada membawa jurutera bunyi yang perlu dibayar”

“Duit yang saya ada tu akan dibahagi sama rata dengan mereka yang membantu saya menjayakan persembahan, bukan untuk saya seorang sahaja” jelasnya kepada sebuah akhbar tempatan.

Dia juga memberitahu bahawa dia kini membawa mikrofon sendiri kerana lebih selesa berbanding menggunakan mikrofon yang disediakan oleh pihak penganjur. 

No comments :

Post a Comment