unclemaniam.blogspot.com

Wednesday 27 January 2016

VIDEO PROTON INSPIRA JNL 7677 BREK, UNDUR, LANGGAR DAN PECUT LARI JADI VIRAL

No comments :


SEORANG wanita menempuh detik mencemaskan apabila kenderaan di hadapannya secara tiba-tiba mengundur dan melanggar kenderaan yang dipandunya, sebelum melarikan diri.

Insiden dikatakan berlaku di Kilometer 62.7 Lebuhraya Utara-Selatan ketika mangsa yang menggunakan kenderaan MPV dalam perjalanan ke Johor Baharu, kira-kira jam 7 malam Ahad.

Rakaman dashcam menunjukkan, pemandu Proton Inspira yang berada di hadapan MPV berkenaan tiba-tiba menekan brek di lorong kanan, sebelum mengundur dan melanggar MPV di belakangnya.

Pemandu Proton Inspira itu kemudiannya memecut dari tempat kejadian.

Mujurlah mangsa yang pada ketika itu membawa ahli keluarganya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Rakaman video itu kini giat dikongsi di WhatsApp dan beberapa akaun Facebook seperti ‘Friends of Barisan National’ dan juga ‘Friends of PDRM’ sejak semalam.

Kejadian pelik itu menerima pelbagai komen, kebanyakannya menyifatkan pemandu Ispira terbabit sengaja mencipta ‘kemalangan’ bagi menyalahkan mangsa yang berada di belakang.

Namun, ada yang menganggap pemandu MPV itu mungkin telah menyinggung perasaan pemandu berkenaan di jalan raya sebelumnya, menyebabkan berlaku insiden pelik itu.

Mangsa bagaimanapun telah membuat laporan polis, dan berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan terhadap pemandu ‘gila’ itu.  SUMBER


No comments :

Post a Comment