unclemaniam.blogspot.com

Wednesday 27 January 2016

"KAMI TIDAK LAGI AMANAH, KAMI DIPAKSA MENIPU, KAMI WARGA TABUNG HAJI AMAT KESAL"

No comments :


Assalamualaikum.

Kami ingin berkongsi maklumat tentang apa yang sebenarnya berlaku sekarang ini di Tabung Haji. Kami terdesak, pandangan dan rintihan kami sebagai warga TH langsung tidak dihiraukan.

Kami berpegang kepada prinsip amaar maaruf dan nahi mungkar, dan bukannya yang lain.

Mana bisa kami berdiam diri lagi apabila institusi suci kebanggaan ummah, yang dibina dari titik peluh simpanan pakcik dan makcik di kampung, makin hari makin dirobek, dirogol dengan rakusnya tanpa menghiraukan halal dan haram, betul dan salah. Menitis air mata kami memikirkan nasib ummah dan malapetaka yang bakal menimpa mereka sekiranya kami masih berdiam diri.

Kami warga TH amat kesal dengan campur tangan ahli politik dalam pentadbiran. Ianya makin parah.

Kami di paksa melakukan pelaburan yang berisiko, yang tidak sesuai dengan strategi pelaburan.
Beberapa kali kami terpaksa membeli asset yang amat berisiko, walaupun cadangan pelaburan itu tidak melepasi penilaian dalaman.

Hancur hati kami apabila terpaksa membayar asset-aset tersebut dengan duit umat islam yang hendak ke Tanah Suci menunaikan ibadat haji.

Kami tidak lagi amanah.
Kami dipaksa menipu.

Tidak perlu kami sebutkan apa yang kami di paksa beli. Anda semua pun tahu penglibatan TH sebagai badan separa koporat.

Mana kan tidak, ada beberapa Pegawai atasan kami juga menjadi Pegawai atasan badan koporat lain.

Pihak tertinggi tidak lagi mempertahankan maruah TH, sudah lupa akan tujuan sebenar penubuhan TH. Kalau dahulu kami amat berbangga dengan professionalism pihak atasan seperti Tan Sri Hanapiah anak melayu pertama yang mempunyai lulusan charted accountant, tapi sekarang mereka yang tiada kelulusan langsung, yang mempunyai karater yang kasar, dilantik menjadi pengerusi.

Akibatnya jelas. TH dan pelabur umat Islam menjadi mangsa. Lihatlah apa yang dah jadi tahun lepas. Langsung tidak ada simpanan.

Kami untung RM2.98 bilion, tapi dividen yang diberi lebih dari itu, iaitu RM 3.3bil. Bukannya hendak menyimpan sedikit untuk pelaburan masa hadapan, tetapi terpaksa mengambi dari reserve untuk membayar dividen.

Paling dahsyat sekali, dan amat kami takuti dan bimbang, adalah apabila ada kemungkinan TABUNG HAJI TIDAK DAPAT MEMBAYAR SATU SEN PUN DIVIDEN TAHUN INI.

Sepatutnya, kami telah mengisytiharkan kadar dividen semalam, seperti tahun lepas di mana kami mengishtiharkan pada 22 Januari 2015.

Asset kami jatuh teruk.

Amat teruk sekali.

Ini bukannya untuk menakut-nakutkan para pelabur kami, tapi inilah yang berlaku sekarang ini. KAMI TIDAK CUKUP DUIT UNTUK BAYAR DIVIDEN.

Malah, menurut akta Tabung Haji, sekiranya nilai asset kami kurang dari liability, kami DI LARANG membayar dividen.

Kami amat tertekan. Kami ada bukti-bukti mengenai isu ini.

Amaran keras dari pihak regulator amat jelas. Surat amaran yang pengerusi kami terima dan ditunjukkan kepada kami amat mengerunkan.

Insya allah, akan kami siarkan sekiranya perlu.

Ya allah, selamatkanlah Tabung Haji!

Tabung Haji

PAS mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Governor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan juga Pengerusi Lembaga Tabung Haji (LTH) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim untuk tampil menjelaskan:

1. Apakah betul Bank Negara telah mengutuskan satu surat kepada Jamil Khir mengenai kedudukan kewangan LTH di 2015 yang gawat di mana nilai rizab LTH telah menjadi negatif dan ini bermaksud, pada harga nilai pasaran semasa, aset LTH tidak mencukup untuk memenuhi kesemua obligasinya termasuk deposit?

2. Apakah betul Bank Negara dalam surat tersebut turut menyebut dalam keadaan (1), di bawah peruntukan Seksyen 22 Akta Tabung Haji 1955, LTH tidak boleh mengisytihar pengagihan dividen dan bonus kepada pendeposit sekiranya nilai aset kurang nilai kesemua obligasinya dan keadaan ini amat membimbangkan kerana ia mendedahkan LTH kepada risiko pengeluaran depositi secara bebsar-besaran sekiranya jangkaan dividen pendeposit tidak dipenuhi atau memadai pada pandangan pendeposit?

3. Apakah betul Bank Negara dalam satu surat berlainan kepada Pengerusi LTH, Tan Sri Zeti telah menyarankan agar LTH merumus satu dasar rizab yang komprehensif dengan kadar segera sebelum 31 Mac 2016?

4. Sekiranya semua di atas benar – apakah ini menjadi punca kelewatan Tabung Haji mengisytiharkan dividen dan bonus?

5. Dan sekiranya di atas benar mengapa Tabung Haji masih melabur membeli tanah di Pusat Kewangan Tun Razak Exchange? Apakah ini keputusan PM atau Pengerusi LTH?

6. Apakah pelaburan tersebut telah menggawatkan lagi situasi kewangan di Tabung Haji?

Sekiranya semua di atas benar, PAS mendesak agar Pengerusi LTH dipecat dengan kadar serta-merta dan seorang pengerusi LTH baru dilantik bagi membantu LTH menunai obligasinya berdasarkan saranan Bank Negara.


Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
26 Januari 2016

No comments :

Post a Comment