unclemaniam.blogspot.com

Saturday 23 January 2016

VIDEO DAN GAMBAR PENEMUAN RANGKA SERPIHAN MH370 DI THAILAND

No comments :


BANGKOK, 24 Jan - Satu serpihan yang dipercayai serpihan pesawat yang ditemui di selatan Thailand telah menimbulkan spekulasi ianya dari pesawat MAS MH370 yang hilang hampir dua tahun lepas.

Penemuan serpihan besi besar yang dijumpai terdampar di wilayah Nakhon Si Thammarat, telah dilaporkan oleh penduduk kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut, lapor Reuters.

"Penduduk kampung telah menemui serpihan itu, yang berukuran 2 meter lebar dan 3 meter panjang", kata ketua daerah Pak Phanang, Tanyapat Patthikongpan.

Penemuan terbabit telah menimbulkan spekulasi di Thailand bahawa serpihan itu berkemungkinan kepunyaan MH370.

Namun setakat ini tiada sebarang pengesahan bahawa serpihan itu milik sebuah pesawat. - sumber
 
 

No comments :

Post a Comment