unclemaniam.blogspot.com

Monday 11 January 2016

STATUS HALAL KACANG NGAN YIN CAP PAGODA AKHIRNYA TERJAWAB

No comments :

 
Status halal kacang cap Pagoda dan Ngan Yin diragui apabila beberapa keping gambar kacang tersebut menjadi viral di laman sosial.

Gambar menunjukkan longgokan kedua-dua kacang itu diletakkan di satu sudut sebuah pasar raya dan dilabelkan sebagai tidak halal lapor Sinar Harian.

Bagaimanapun, menurut kenyataan pemilik gambar, setelah membuat semakan di laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati tarikh sijil halal bagi kedua-dua kacang itu masih sah.

Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusoff mengesahkan kacang cap Pagoda dan Ngan Yin adalah halal.

Menurut beliau, gambar tersebut hanyalah salah faham apabila pekerja pasar raya di situ melakukan kerja-kerja pemindahan barang dan tidak membuang label ‘tidak halal’.

“Pihak pasar raya pada mulanya meletakkan minuman keras di sudut itu, tetapi kemudian menukar dengan pelbagai makanan ringan tanpa membuang label tersebut,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

FAKTA

Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusoff mengesahkan kacang cap Pagoda dan Ngan Yin adalah halal. Menurut beliau, gambar tersebut hanyalah salah faham apabila pekerja pasar raya di situ melakukan kerja-kerja pemindahan barang dan tidak membuang label ‘tidak halal’. 

No comments :

Post a Comment