unclemaniam.blogspot.com

Tuesday 12 January 2016

MAJLIS PERKAHWINAN SHAHEIZY SAM & SYATILLA MELVIN: TAJAAN BARANG KEMAS SAJA SUDAH RM20 JUTA !

No comments :


Kuala Lumpur: Nampaknya perkahwinan pelakon popular, Shaheizy Sam, 34 dan Syatilla Melvin, 25, akan menjadi 'wedding of the year' apabila perkahwinan yang bakal dilangsungkan pada 8 Febuari itu menerima tajaan keseluruhan berjumlah RM25 juta.

"Sejujurnya saya sendiri tidak tahu siapa penaja majlis kahwin kami. Bukan apa, saya menyerahkan segala urusan perkahwinan kepada ibu.

"Apa pun terima kasih kepada semua pihak penaja. Apabila dimaklumkan jumlah keseluruhan, saya memang terkejut," kata Sam sebagaimana laporan dari Harian Metro.

Sam berkata, jumlah tersebut membabitkan barang kemas bernilai RM20 juta dan RM5 juta lagi membabitkan persiapan majlis seperti pakaian, dekorasi, pelamind an cenderahati.

Pelakon tersebut membuat pengumuman mengenai majlis perkahwinan mereka menerusi satu sidang media khas yang diadakan di sebuah hotel di ibu negara.



Majlis nikah pasangan tersebut akan berlangsung di kediaman Syatilla di Nibong Tebal, Pulau Pinang dan akan disusuli dengan majlis resepsi di sebelah pihak perempuan pada 9 Feburari di Bukit Jawi Golf Club, Pulau Pinang.

Majlis di sebelah lelaki pula akan diadakan pada 14 Februari di Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur dan majlis meraikan peminat pada 20 Februari. - SUMBER

No comments :

Post a Comment