unclemaniam.blogspot.com

Saturday 30 January 2016

PERHIMPUNAN SOKONG MUKHRIZ DI STADIUM DARUL AMAN PADA ISNIN INI

No comments :


KEDAH: “Rakyat Kedah akan membanjiri Stadium Darul Aman pada Isnin 1hb Ferbuari ini”, kata Mohamad Ridzuan seorang rakyat Kedah ketika menghubungi pihak Siakapkeli.

Beliau yang juga merupakan penganjur perhimpunan tersebut menjangkakan puluhan ribu rakyat Kedah dari serata Malaysia akan membanjiri stadium tersebut sempena “Perhimpunan Sokong Mukhriz” yang bakal diadakan pada Isnin ini jam 7.30 petang hingga 11.00 malam.

Perhimpunan tersebut akan diteruskan dengan acara perlawanan persahabatan PRA-MUSIM Liga Super 2016 Kedah VS SG. ARA FC ketika perhimpunan tersebut pada jam 8.45 malam. Menurutnya lagi tiada sebarang cas dikenakan kepada penyokong dan penonton kerana ia adalah percuma.

Turut dihadiri dalam aktiviti ini iaitu Presiden KFA, YAB Dato’ Seri Mukhriz dan Setiausaha Kehormat KFA, YB Dato’ Aminuddin Omar yang telah mendapat tajaan terbaru dari Naza untuk bilik persalinan baru, bucket seat, ubahsuai surau dan pembaikkan stadium dalam masa 3 tahun diatas usaha keras Dato’ Seri Mukhriz Mahathir. — SUMBER

No comments :

Post a Comment