unclemaniam.blogspot.com

Friday, 22 January 2016

PENDAKI TERKEJUT TERJUMPA KAWASAN PENGUMPULAN SELUAR DALAM WANITA DI KOTA KINABALU

No comments :


PENAMPANG, 22 Jan: Seorang pendaki terkejut apabila membuat satu penemuan aneh ketika dia mendaki di satu kawasan di belakang Kompleks Sukan Penampang.

Gambar penemuan itu memaparkan kawasan terbabit dipenuhi dengan pakaian dalam wanita, yang digantung pada pokok dan disertakan sepaket kondom.

Pendaki itu juga turut melaporkan menemui sebuah pondok kosong kecil di kawasan terbabit.

Laporan The Borneo Post menyatakan bahawa Majlis Daerah Penampang telah pun membuat pemeriksaan terhadap kawasan berkenaan namun tiada sebarang perubahan dilakukan terhadap kawasan itu untuk membuka laluan kepada penyiasatan.



"Kami menerima satu laporan mengenai perkara itu hari ini(semalam) dan telah pun memeriksa kawasan terbabit, yang berada agak jauh kebawah dari tempat pendakian dan agak terpencil.

“Majlis daerah akan bekerjasama rapat dengan polis untuk menyiasat perkara terbabit", " kata jurucakap dari unit penguatkuasaan majlis daerah terbabit. - SUMBER

No comments :

Post a Comment