unclemaniam.blogspot.com

Saturday 30 January 2016

"KOS BAWA PESAKIT KE HOSPITAL SAJA RM1,000 !"

No comments :


Saya melihat ketekunan Jururawat Trazy, dari Kapit menguruskan pesakit dalam ruang ekspress bot yang begitu sempit. Terima kasih Trazy dan jururawat di pendalaman yang bekerja dengan penuh dedikasi. Doktor, jururawat, pembantu kesihatan, dan staf kesihatan adalah penyambung nyawa masyarakat kami di pendalaman.

Semalam saya menyaksikan 'kehidupan biasa' di pendalaman Sarawak yang bagaimana seorang pesakit tenat dibawa, dijunjung, diangkat, dipikul dan dinaikkan ke atas bot ekspres untuk dibawa dari kawasan pendalaman Kapit ke bandar Sibu.

Adalah menjadi perkara yang biasa bagi mereka yang pesakit tenat dibawa dari rumah panjang menaiki kereta pacuan empat roda menempuh perjalanan selama 6 jam melalui jalan balak (laluan lori balak) yang kemudiannya menaiki bot panjang selama 4 jam di atas perahu. Selepas itu perjalanan disambung pula dengan bot ekspres selama 3 jam hanya untuk mendapatkan perkhidmatan rawatan kesihatan.



Saya (bawa beg kuning) sempat menyaksikan sendiri peristiwa seorang pesakit tenat dibawa dari Kapit menaiki express bot untuk dibawa ke Bandar Sibu (perjalanan 3 jam). Selama ini, saya hanya mendengar cerita dan membaca kisah kesukaran perkhidmatan kesihatan di pendalaman Sarawak. Peristiwa ini betul-betul menyedarkan saya tentang 'penderitaan" masyarakat kami di pendalaman.





Pesakit dibawa oleh ahli keluarga menaiki bot express, diiringi seorang jururawat (baju dan seluar putih). Saya amat menghargai peranan jururawat di pendalaman. Cabaran mereka amat besar.

Ironinya, harga untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan ini jauh lebih mahal dari kos rawatan di hospital swasta terkemuka di Kuala Lumpur.

Dalam situasi kecemasan, ini adalah harga yang perlu dibayar dan tidak dapat dielakkan oleh waris pesakit atau pesakit itu sendiri.

Harga sewa kereta pacuan 4 roda adalah di antara RM700 - RM900.
Bot panjang RM200 - RM300

Sewa bot ekspres pula RM70.00. Harga bagi keseluruhan kos pengangkutan dari rumah panjang ke bandar Kapit dan juga bandar Sibu sahaja sudah mencecah RM1,000.



Pesakit tenat dibaringkan di kerusi dalam bot ekspres yang penuh sesak dengan penumpang. Jururawat mengatakan keadaan lebih jika pesakit mengalami masalah "spine" atau retak tulang, dan perlu tempat khas.



Apabila tiba di wharf di Sibu, tiada ruang atau fasiliti khas meletakkan stretcher dan pesakit. Maka keluarga dan jururawat, melelakkan pesakit di atas "railing" yang digunakan untuk pelancong berurusan dengan Unit Polis Pelancongan sementara menunggu ambulan datang untuk membawa pesakit ke Hospital Sibu.

Ini adalah satu perjalanan yang cukup menyeksakan. Inilah gaya hidup warga Kapit yang dipinggirkan dari kemajuan dan pembangunan. - Madeline Berma

SUMBER

No comments :

Post a Comment