unclemaniam.blogspot.com

Monday 18 January 2016

"HARGA BARANG NAIK, JANGAN MARAH SAYA..." - AHMAD MASLAN

No comments :


KUALA LUMPUR - Orang ramai tidak sepatutnya marah kepada beliau bila harga barang tidak turun selepas perlaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST), kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan.

Ini kerana, katanya, peniaga yang tidak beretika degil dan enggan menurunkan harga barang, lapor FMT.

"Selepas GST, barang seperti buah-buahan yang dahulunya dikenakan cukai 5% tidak lagi dicukaikan. Barang seperti perabut dan barangan elektrik yang dikenakan cukai jualan dan perkhidmatan 10% turun ke 6%.

"Inilah contohnya apabila saya kata GST boleh turunkan harga barang," katanya menjawab soalan hadiran di sesi taklimat TPPA, petang semalam.

Menurut Ahli Parlimen Pontian itu, rakyat sepatutnya halakan kemarahan mereka terhadap peniaga yang tidak beretika menyebabkan harga barang tidak turun, bukannya pada kerajaan.

"Saya kata GST boleh turunkan harga barang, tetapi tak kata harga barang mesti turun. Jadi, jangan marah Ahmad Maslan tetapi peniaga yang tidak turunkan harga barang. Ahmad Maslan kena bantai walaupun cakap perkara yang betul," katanya. - SUMBER

No comments :

Post a Comment