unclemaniam.blogspot.com

Monday 11 January 2016

CUEPACS BANTAH SEKIRANYA PUTRAJAYA MANSUHKAN JAWATAN KAKITANGAN AWAM KONTRAK

No comments :


PETALING JAYA - Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda berkata, pihaknya akan membantah sekiranya Putrajaya memansuhkan jawatan kakitangan awam berstatus kontrak.

Menurut beliau, perkhidmatan dari kakitangan berstatus kontrak itu perlu diteruskan bagi menjamin kehidupan rakyat yang lebih baik, lapor Free Malaysia Today.

"CUEPACS akan membantah jika ia dilaksanakan kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Rakyat memerlukan perkhidmatan yang lebih baik dari masa ke semasa," katanya.

Jelasnya lagi, isu penamatan jawatan kakitangan awam berstatus kontrak yang didakwa akan ditamatkan pada Disember 2016 tidak sepatutnya timbul kerana jawatan kakitangan awam berstatus kontrak akhirnya akan disambung pada Januari.

"Itu proses biasa, setiap tahun akan keluar perjanjian baru. Oleh kerana perjanjian kontrak dibuat dari setahun ke setahun, akhirnya akan disambung semula. Itu bukan masalah, sebelum ini juga ada yang disambung. Tidak semudah itu untuk ditamatkan begitu sahaja," jelasnya. - SUMBER

No comments :

Post a Comment