unclemaniam.blogspot.com

Wednesday 20 January 2016

ARJA LEE GAGAL BUANG VIDEO BERSELUAR DALAM

No comments :


Lin Ramli, pengurus pelakon Arja Lee, berkata, akaun Instagram pelakon itu telah digodam oleh individu yang tidak bertanggungjawab, lapor mStar Online.

Menurut Lin, telefon bimbit Arja hilang selepas mereka pulang makan malam dan hanya menyedari perkara itu selepas berada di rumah.

"Telefon bimbit Arja hilang malam tadi selepas kami pulang dari makan malam. Arja hanya sedar telefonnya tiada ketika sudah berada di rumah," katanya.

Tidak beberapa lama selepas telefon pelakon itu hilang, seorang individu yang menemui telefon itu memuat naik videonya bermain bola di dalam rumah dengan berpakaian ketat dan menonjol di laman Instagram.

"Arja sudah cuba membuang video tersebut, malangnya akaun itu sudah ditukar kata laluan dan dikawal oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kesannya, Arja Lee dikecam hebat oleh netizen yang mendakwa dia sengaja mencari publisiti murahan.

Ekoran itu, Arja membuat laporan polis pada jam 2.30 pagi tadi di Balai Polis Mutiara Damansara.

Bagaimanapun, Lin menyatakan Arja belum bersedia untuk memberi sebarang kenyataan pada media berkenaan hal tersebut. - SUMBER

No comments :

Post a Comment