unclemaniam.blogspot.com

Wednesday 20 January 2016

ADAM AF & FIZA SAH BERCERAI KALI KEDUA

No comments :


Pernah bercerai sebelum ini dan rujuk semula, namun hari ini pasangan Adam (AF) dan Fiza Halim sekali lagi bercerai buat kali kedua.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Fiza.

"Kami berpisah cara baik dan saya anggap sudah bukan jodoh untuk kami bersama lagi. Saya meminta dia melepaskan saya tanpa dendam di hati. Sekarang masing-masing membawa haluan sendiri.

"Saya kongsikan perkara ini kerana mahu memaklumkan status yang sebenar kerana sudah ramai yang mula bertanya setiap kali saya berjalan tanpa Adam di sisi," katanya.

Menurut Fiza, dia diceraikan oleh Adam dengan talak satu di rumah mereka pada 21 September lalu yang kemudiannya mengesahkan lafaz cerai di Mahkamah Syariah Shah Alam pada 28 Disember 2014.

Tambah Fiza, dia sudah berusaha dan memberikan peluang kepada Adam untuk mempertahankan hubungan mereka. Namun hubungan mereka semakin jauh dan hambar.

"Kali pertama bercerai, saya masih berharap kami akan terus bahagia. Tetapi semakin lama, semuanya semakin kelam. Jadi, saya nekad untuk berpisah dengannya dan kami tidak tinggal sebumbung beberapa bulan. Malah, di Aidilfitri yang lalu, Adam beraya seorang diri di Sabah, saya pula beraya dengan keluarga.

"Saya buat solat istikharah meminta petunjuk dariNya. Keputusannya lebih kepada perpisahan," katanya.

Fiza juga menyatakan harijadinya pada bulan Ogos yang lalu tidak diraikan. - SUMBER

No comments :

Post a Comment