unclemaniam.blogspot.com

Monday 14 December 2015

SULTAN JOHOR CERITA SENDIRI PENYAKIT TUNKU JALIL

1 comment :


Dengan dukacitanya dimaklumkan bahawa YAM Tunku Abdul Jalil ibni Sultan Ibrahim, Tunku Laksamana Johor telah mangkat pada jam 7.11pm tadi(5hb.Dis) di hospital Sultanah Aminah. Jenazah akan dikebumikan di Makam Diraja Mahmodiah selepas waktu zohor esok.

Laporan Awal:
Laporan bahawa anakanda kelima Sultan Johor, yang juga dikenali sebagai Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim mangkat petang tadi tidak tepat.

Namun menurut sumber baginda berada dalam keadaan kritikal dan sedang diawasi rapi oleh doktor pakar.

Baginda dipercayai mengidap sakit kanser hati sejak setahun lalu dan telah menjalani pembedahan awal tahun ini.

Berikut ialah sebahagian latar belakang sakit Tengku Jalil yang dimaklumkan sendiri oleh Tuanku Sultan Johor dalam wawancara dengan The Star Mac lalu.

S: Secara peribadi, saya dimaklumkan tentang spekulasi berhubung tahap kesihatan anakanda kelima Tuanku, Tunku Abdul Jalil ibni Sultan Ibrahim, yang juga dikenali sebagai Tunku Laksamana Johor. Boleh Tuanku memberi komen terutamanya berkenaan pemindahan hati yang dilakukan Tunku Jalil?

J: Anakanda Beta berada dalam keadaan baik dan sihat selepas menjalani pembedahan dan syukur kepada Allah. Lima tahun lagi akan menjadi tempoh penting buat Tunku Jalil kerana anakanda perlu mengamalkan corak pemakanan dan gaya hidup yang baik.

Beta bersyukur kerana Tunku Jalil masih hidup dan itu menjadi satu sebab Beta mengeluarkan belanja sebanyak RM10 juta bagi menubuhkan Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor bagi mengumpul dana untuk membantu pesakit kanser yang tidak mampu mendapatkan rawatan yang mahal.

Tunku Jalil sangat bertuah kerana menjadi anakanda Beta. Beta faham tentang penderitaan mengalami kanser tahap empat. Malah anakanda Beta juga tidak percaya berjaya meneruskan hidup, begitu juga dengan Beta. Beta mahu yayasan ini menjadi pemangkin supaya pihak lain boleh menghulurkan derma melalui yayasan ini.

Kami hanya mengetahui tentang kanser tersebut pada tahun lalu selepas Tunku Jalil mengadu tentang sakit bahu dan hanya dirawat di Hospital Besar tempatan yang hanya memberikan anakanda ubat tahan sakit dan pil tidur.

Kami menyedari sesuatu tidak kena dengan sakit yang dialami Tunku Jalil ketika bercuti di London. Selepas berbincang dengan pakar bedah dari Singapura, kami memutuskan untuk menghantar Tunku Jalil ke Guangzhou, China bagi menjalani pembedahan organ.

Beta berasa berterima kasih kerana prosedur tersebut berjalan lancar dan dijaga dengan baik ketika di China. Pihak perubatan di China juga berbesar hati untuk membantu anakanda Beta sehingga sanggup menghantar dua doktor ke Singapura bagi berbincang dengan pakar bedah di Singapura. Malah mereka menyediakan doktor dan jururawat yang boleh berbahasa Inggeris bagi memudahkan komunikasi.

Beta juga merakamkan rasa terima kasih dan rasa terharu apabila dimaklumkan beribu-ribu rakyat, tidak kira agama dan bangsa sama-sama berdoa demi kesihatan anakanda dan keluarga Beta. Ternyata berkata doa rakyat ini membantu Tunku Jalil.

1 comment :


  1. sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4.andai 4 cm sel ketumbuhan kanser.bajet 6 bulan untuk sembuh sepenuh nya.andai 8 cm ketumbuhan.bajet 8 hinga 10 bulan untuk sembuh sepenuh nya.insya allah. memusnahkan dan mematikan sel sel kanser.. harga cuma rm180 tetapi herba warisan ini terlalu berkesan dan saya jamin tuan tuan dan puan puan akan terkejut dengan rawatannya yang cepat dan selamat untuk sembuh...daun daun herba warisan terpilih memang tidak akan jumpa di mana mana.percaya lah.. .. .merawat dan membaik pulih...jangan biar sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik di rawat..hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia...herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi... sy cma bntu membantu...sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa...penawar nya telah ada...hubungi sy secepat munkin Orang yang tiada penyakit kanser andai nak amal kan herba saya ini pun boleh...jadikan amalan harian untuk menjaga badan dan membuang toksid...orang ada kanser...saya akan membantu merawat hingga sembuh Penawar kanser dan herba: Saya juga akan membantu anda memberi nasihat dan motivasi bagai mana untuk hadapi kanser..cara2 utk bdepan knser..pemakanan..dan nasihat2 utk anda..pada anda kanser adalah petama dalam hidup...pada sy yg dh jumpa ramai pesakit..munkin kita bley bkongsi pendapat n bgai mna hendak merawat sampai sembuh..sy hulur kn tangan pd anda..sambut lh sebelum telambat..ramai pesakit sy sudah sembuh.anda bila lagi....hubungi atau wasup kan saya dengan segera.0174687570 mohd zuhairi NAMA SYARIKAT SAYA.....JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI

    ReplyDelete