unclemaniam.blogspot.com

Thursday 10 December 2015

ISU SULTAN IBRAHIM TITAH GST DIMANSUHKAN, INI RESPON DARI KERAJAAN JOHOR

No comments :

Kerajaan negeri menafikan wujudnya titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar memansuhkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di negeri ini seperti diviralkan pelbagai pihak di media sosial.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Datuk Ismail Karim berkata, isu berkenaan bukan baru sebaliknya dipaparkan kumpulan media berkenaan ketika Sultan Ibrahim bertitah mengenai GST yang disifatkan tidak masuk akal lapor Harian Metro.



PORTAL yang menjadi viral di laman sosial.

“Itu cerita lama, itu viral lama di ‘upload’ (muat naik) balik, tetapi itu cerita lama selepas Tuanku menitahkan tidak masuk akal dikenakan GST kepada kerajaan.

“Bila cerita lama dikeluarkan balik, kita (kerajaan negeri tidak respons) dan tidak ada berita itu (palsu),” katanya ketika ditemui media bagi memberikan reaksi terhadap viral berkenaan.

Tindakan pengguna laman sosial menyiarkan semula status berkenaan menarik perhatian ramai.

Portal itu turut menyentuh tindakan itu selepas Sultan Ibrahim mengkritik penggunaan sistem pencukaian untuk perkhidmatan kerajaan.

Sebelum ini, Sultan Ibrahim meminta kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya tidak mengenakan GST terhadap perkhidmatan diberikan kepada rakyat ketika merasmikan Pembukaan Penggal Persidangan Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-13, Mei lalu.

Berikutan itu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Abdul Latif Bandi mengumumkan kerajaan negeri menyerap RM3 juta anggaran hasil GST menerusi semua 16 PBT di bawah tadbirannya sepanjang tahun ini.

SUMBER

No comments :

Post a Comment