unclemaniam.blogspot.com

Friday 18 December 2015

CCTV BONGKAR KEGIATAN PEKERJA ZOO ROGOL ORANG UTAN HINGGA BUNTING

No comments :


SURABAYA: Misteri seekor Orang Utan yang tidak pernah bercampur dengan Orang Utan lain bunting telah terjawab apabila kamera litar tertutup (CCTV) merakam tindakan kejam seorang kakitangan Zoo Surabaya telah merogol haiwan berkenaan dan beberapa Orang Utan lain.

Memetik laporan World News Daily Report, pekerja berumur 38 tahun berkenaan kini telah ditangkap selepas pihak zoo meneliti rakaman video berkenaan dan mengesahkan kelibat lelaki berkenaan.

Menurut kenyataan seorang kakitangan Zoo tersebut, Akhiroel Yahya berkata, ada antara haiwan berkenaan teransang secara seksual apabila hendak diberi makanan.

“Tetapi, apa yang paling membuatkan kami mengesyaki sesuatu tidak kena ialah melihat orang utan tertua kami, Marylin, hamil sedangkan dia tidak pernah bercampur dengan orang utan lain disebabkan sifatnya yang agresif,” katanya.




Menurut seorang pakar Paleobiologi, Bachtiar Pado Panghulu dari Universiti Jakarta yang dirujuk memberitahu bagaimana Orang Utan boleh bunting apabila dirogol manusia adalah kerana DNA orang utan dengan DNA manusia hampir sama.

"Bertentangan dengan kepercayaan popular, spesis Orang Utan DNAnya adalah hampir menyerupai spesis manusia berbanding Cimpanzi."

"Kami berkongsi praktikal kod DNA yang sama, dengan sedikit perbezaan DNA sahaja yang membolehkan orang utan jatuh hamil kerana lelaki ini," Jelasnya.

Zoo Surabaya merupakan zoo terbesar di Indonesia dimana sebelum ini juga telah terjadi peristiwa yang menggemparkan apabila seorang pekerja zoo mendakwa dia telah diupah membunuh lebih 50 ekor haiwan di zoo berkenaan dalam tempoh tiga bulan. - 

No comments :

Post a Comment