unclemaniam.blogspot.com

Thursday 19 November 2015

TRAGEDI, BAYI 15 BULAN DIDUKUNG OLEH IBU SAUDARA MAUT DILANGGAR LORI 3 TAN

No comments :



JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak lelaki berumur 15 bulan maut selepas dia dan ibu saudaranya terbabit dalam satu kemalangan semasa melintas jalan berhampiran PPR Sri Stulang di Jalan Bakar Batu-Permas di sini, pagi tadi.

Memetik laporan Harian Metro, semasa kejadian kira-kira jam 10 pagi, Mohammad Qayyum Mohd Saffari dipercayai didukung oleh makciknya, Suhaila Shaharudin, 41, yang merupakan seorang Orang Kurang Upaya Lembam telah melintas jalan sebelum dilanggar lori seberat tiga tan

Kerana rempuhan berkenaan, mangsa tercampak jatuh dan maut dilokasi kejadian kerana cedera parah di kepala manakala Suhaila yang mengalami cedera parah telah dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.

Seorang ahli keluarga mangsa ketika ditemui di Unit Forensik HSA di sini, memberitahu mangsa adalah anak bongsu daripada empat beradik. Jenazah dijangka dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Jalan Kebun Teh di sini. - SUMBER







No comments :

Post a Comment