unclemaniam.blogspot.com

Thursday 19 November 2015

SUASANA HARI PERTAMA IKEA CHERAS MERIAH !

No comments :


Sempena pembukaan cawangan kedua IKEA Malaysia di Jalan Cochrane hari ini, dikhabarkan lebih 3000 orang pengunjung beratur panjang dana da diantara mereka yang menunggu sewal 6 pagi.

IKEA kedua yang lebih dikenali dengan nama IKEA Cheras oleh pengunjung ini merupakan IKEA terbesar di Malaysia di mana ia meliputi ruang beli-belah seluas 42,000 meter persegi yang dirasmikan oleh Duta Sweden ke Malaysia, Bengt G Carlsson.

Pengarah Urusan IKEA Malaysia, Singapura dan Thailand, Christian Rojkjaer berkata, mereka menyasarkan 30,000 pengunjung datang ke IKEA Cheras hari ini yang dibika pada 9.30 pagi tadi sehingga 10 malam ini.





Gudang membeli belah yang terletak di Cheras ini dikatakan 20 peratus lebih besar daripada IKEA Damansara dan menonjolkan 56 ruang pameran dan menawarkan lebih 8,500 produk yang bersesuaian dengan kediaman Malaysia.

"Untuk lebih keselesaan, gedung ini juga dilengkapi dengan kemudahan yang mampu menampung 780 tempat duduk di restoran dan lebih 1,700 tempat letak kereta.

"Lebih ramai rakyat Malaysia berpeluang menikmati pengalaman unik dan konsisten di gedung IKEA," katanya di majlis perasmian IKEA Cheras di sini, pagi ini.

Sepanjang minggu pembukaan, IKEA Cheras telah menyediakan pelbagai aktiviti gedung yang menarik untuk seisi keluarga termasuk kemunculan khas patung panda, lukisan muka, persembahan badut, belon percuma dan pelbagai lagi. - sumber











No comments :

Post a Comment