unclemaniam.blogspot.com

Friday 27 November 2015

"SETIAP HARI SAYA DIRABA-RABA"

No comments :


Kuala Lumpur: “Ustaz pun kena raba, dia tak kira rupanya,” kata Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Seri Ismail Mohamed Said.

Beliau berkata demikian selepas Datuk Dr Khairuddin Aman Razali (PAS-Kuala Nerus) bangun semasa isu ‘meramas’ dan ‘meraba-raba’ dibangkitkan pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 peringkat Kementerian Pengangkutan oleh Timbalan Menterinya Datuk Abdul Aziz Kaprawi di Dewan Rakyat, di sini, semalam.

Perkataan ‘meraba-raba’ dibangkitkan Datuk Dr Marcus Mojigoh (BN-Putatan) sehingga menggamatkan sidang dewan dan menarik perhatian beberapa Ahli Parlimen penyokong kerajaan dan pembangkang memetik Harian Metro.

Beliau mempersoalkan prosedur pemeriksaan keselamatan membabitkan perbuatan ‘meraba-raba’ badan di lapangan terbang oleh anggota keselamatan bertugas.

Beliau turut merungut berkaitan prosedur itu kerana ia tidak berlaku di lapangan terbang lain di seluruh dunia.

“Kecuali di lapangan terbang Malaysia, setiap minggu saya ‘diraba-raba’ sekurang-kurangnya dua kali sedangkan mesin pengimbas sudah ada.

“Adakah MP (Ahli Parlimen) ini membawa bom,” katanya sambil Ahli Parlimen lain bersorak.

Tidak mahu ketinggalan dalam topik itu Khairuddin bingkas bangun mencelah dan memberitahu bahawa beliau pun turut diraba-raba.

Katanya, semua penumpang diperiksa dengan cara itu tanpa mengira latar belakang mereka.

“Ya, sama sahaja. Tiap-tiap minggu saya kena ‘raba-raba’ yang sama,” katanya lagi.

Abdul Aziz kemudian cuba menjelaskan bahawa isu berkenaan tidak timbul sama sekali kerana penumpang lelaki akan diperiksa oleh anggota lelaki.

Katanya lagi, manakala penumpang wanita diperiksa oleh anggota wanita dalam kawasan tertutup.

No comments :

Post a Comment