unclemaniam.blogspot.com

Thursday 19 November 2015

"PANDANGAN KAMI KABUR, TOLONG NYALAKAN LAMPU !" - PEMANDU LORI

No comments :


Viral di media sosial seruan dari pemandu lori yang memohon agar pengguna jalan raya yang lain menyalakan lampu kereta ketika hujan, kerana pandangan mereka kabur disebabkan pandangan cermin sisi yang terjejas dek air hujan dan tingkap lori menjadi kabur akibat suhu dingin.

"Diminta para pemandu di Malaysia menyalakan lampu ketika hujan sama ada ianya lebat ataupun tidak. Ini kerana kami sebagai pemandu lori tidak dapat melihat kenderaan yang berada di tepi. Pandangan kami kabur.

"Paling penting sekali ialah, jangan menyalakan lampu kecemasan kenderaan anda kerana pemandu kenderaan yang lain tidak dapat menjangka kenderaan anda sama ada rosak atau sedang bergerak," kata pemandu lori berkenaan.

Saranan yang dibuat itu bagaimanapun menerima respon yang positif dari netizen.

Tampil juga beberapa pemandu lori dan bekas pemandu lori berkongsikan pengalaman mereka semasa bertugas.

"Ramai yang mencemuh pemandu lori bilka hujan lebat. Tetapi umum tidak tahu bila keadaan hujan lebat seperti itu, menjadikan tumpuan kami pada pengguna jalan raya yang lain meningkat kepada 200% kerana enggan menjadikan orang lain sebagai mangsa. Tidak semua pemandu lori itu kejam.

"Inilah masalah yang sering saya hadapi ketika memandu lori di waktu hujan suatu ketika dulu. Yang tak buka lampu itu, puas kita tenung kereta dia. Yang buka lampu kecemasan pula memang buat otak saya ligat memikirkan sama ada kereta itu rosak atau sebaliknya. Dalam waktu sedang berfikir itu kena buat pula keputusan nak brek atau teruskan perjalanan. Sedar-sedar saja dah terlanggar kereta di hadapan. Bila masuk dalam Facebook, saya pula yang kena maki," jelas individu yang tidak diketahui namanya itu. -  SUMBER

No comments :

Post a Comment