unclemaniam.blogspot.com

Sunday 29 November 2015

LOGO HALAL JAKIM PADA MAKANAN TIN KHINZIR ?

1 comment :


KUALA LUMPUR, 29 Nov: Jakim hari ini menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah mengeluarkan logo halal kepada mana-mana produk yang telah disahkan haram.

Menurut Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim Hakimah Mohd Yusoff, siasatan telah pun dilakukan berikutan penyebaran beberapa keping gambar yang memaparkan makanan khinzir dalam tin yang disertakan dengan logo halal palsu yang didakwa dijual di sebuah pasaraya di Sarawak baru-baru ini.

"Hasil siasatan Jakim di pasar raya di Miri dan Kuching mendapati tiada produk makanan yang memaparkan logo halal palsu di pasaran seperti didakwa," katanya memetik laporan Bernama.

Tambah beliau lagi, pihaknya tidak menolak gambar itu telah sengaja diedit dengan meletakkan logo halal. - SUMBER

1 comment :

  1. Malangnya tidak pernah kedengaran sebarang tindakan diambil kepada peniaga-peniaga yang menipu..

    ReplyDelete