unclemaniam.blogspot.com

Wednesday 18 November 2015

KEPALA TEBUSAN MALAYSIA DITEMUI DALAM BEG

No comments :


FILIPINA - Pihak berkuasa melaporkan bahawa kepala warga Malaysia Bernard Then yang dipenggal oleh kumpulan militan Abu Sayyaf telah ditemui.

Penemuan kepala mangsa tebusan yang berasal dari Sarawak itu disahkan oleh Ketua Polis Jolo, Major Junpikar Sitin, lapor The Star.

Kepala mangsa ditemui oleh seorang tukang sapu dalam sebuah beg di sebatang jalan Barangay Wall City pada jam 8.30 malam. Beg itu diletakkan dalam sebuah guni dengan tulisan 'Bernard Then Ted Fen'.

Menurut Komander Pasukan Petugas Bersama Sulu, Brigadier Jeneral Alan Arrojado berkata, rundingan di antara puak militan gagal mencapai persetujuan menyebabkan kumpulan militan itu memenggal kepala mangsa di Taran, Indanan pada jam 4 petang semalam. - SUMBER

No comments :

Post a Comment