unclemaniam.blogspot.com

Tuesday 17 November 2015

JAWI BURU USTAZ KASANOVA SELEPAS KAHWIN DENGAN 13 WANITA

No comments :


Tampil dengan gaya penuh Islamik dan menyamar sebagai seorang berkelulusan tahfiz Al-Quran telah membuatkan ramai wanita dan keluarga wanita terpedaya dengan 'ustaz kasanova' ini.

Mohd Razis Ismail atau lebih dikenali 'Ustaz Kasanova' kini diburu oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) selepas dipercayai menipu lebih 13 wanita menerusi pernikahan sindiket dan berpoligami tanpa kebenaran mahkamah.

Menurut pengarah Jawi, Paimuzi Yahya berkata waran tangkap telah pun dikelurrkan ke atas Razis oleh Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 25 Oktokber berikutkan beliau gagal untuk hadir ke mahkamah bagi menyambung proses jaminannya di Bahagian Penguatkuasaan jabatan itu.

"Kesalahan yang dilakukannya ialah berkahwin tanpa prosedur yang ditetapkan sama ada dari segi undang-undang dan juga hukum syarak.

"Kebanyakan perkahwinan dan perceraian lelaki ini adalah tidak didaftarkan mengikut undang-undang Malaysia sehingga berlaku penganiayaan dan pengabaian terhadap isteri-isteri dan anak-anak suspek," katanya dipetik laporan Bernama hari ini.

Beliau tampil mendekati mangsa dan keluarga mangsa dengan pernampilan dan perwatakan seorang yang mahir ilmu agama membuatkan mangsa dan keluarga akan percaya padanya.

"Suspek juga mendakwa masih bujang dan menggunakan gelaran Ustaz Arrozi Abdul Rahman dan Ibnu Ar Razi," katanya.

Menurut beliau lagi, kebanyakkan mangsa lelaki ini adalah pelajar institut pengajian tinggi yang kebanyakkan terpedaya dengan perwataknnya dan kebanyakkan mangsanya adalah wanita-wanita yang mempunyai ciri-ciri keagamaan dan wanita berstatus janda yang mempunyai pendapatan tinggi.

Sebelum ini, salah seorang daripada isteri suspek telah dijatuhkan hukuman penjara tiga bulan dan lima kali sebatan oleh Mahkamah Syariah di sini pada 8 Sept lalu selepas mengaku bersalah melakukan persetubuhan luar nikah daripada tahun 2012 hingga 2015 dan mempunyai dua orang anak hasil hubungan tidak sah bersama suspek.

Suspek sepatutnya hadir di mahkamah sama pada tarikh itu, tetapi gagal menghadirkan diri.

Daripada 13 orang isteri yang dikesan, hanya lima orang isteri beliau memberikan kerjasama kepada Jawi untuk membantu siasatan.

Paimuzi berkata orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai tertuduh boleh menghubungi pegawai penyiasat Jawi, Farah Wahida Zulkiflee di talian 011-32961821 atau talian bebas tol Penguatkuasaan JAWI 1-800-88-1771. - sumber

No comments :

Post a Comment