unclemaniam.blogspot.com

Sunday 15 November 2015

BEBERAPA PEMIMPIN NEGARA TURUT JADI SASARAN IS #dramaduniaakhirzaman

No comments :


KLUANG: Kumpulan Militan IS telah meletakkan beberapa pemimpin Malaysia dalam senarai target merka, dedah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata, dia telah menerima satu laporan tentang bagaimana kumpulan militan itu telah menyenaraikan tokoh-tokoh dalam negara ini.

"Saya sahkan bahawa ISIS mahu mensasarkan pemimpin kita termasuk diri saya sendiri tapi ia tidak akan menakutkan kami atau menghentikan kami dari melawan keganasan, bukan sahaja di dalam negara malah di rantau ini juga.

"Maklumat atau ancaman dari ISIS telah dibuat sebelum mesyuarat bersama Menteri-Menteri Pertahanan Asean diadakan di Langkawi pada Mac di mana semua 10 negara bersetuju usaha bersama dalam memerangi keganasan," katanya memetik laporan The Star Online.

Hishammuddin berkata demikian kepada pemberita selepas majlis sambutan Deepavali yang diadakan di Taman Sri Lambak di sini. - SUMBER

No comments :

Post a Comment