unclemaniam.blogspot.com

Thursday 12 November 2015

"AMENDELAH DRAMA HELLO MR. PERFECT NI ?? TAKDE KUALITI !!"

No comments :


Saya nak meluahkan rasa tidak puas hati dengan drama terbaru terbitan A. Aida Production yang saya rasakan amat tidak berkualiti dari segi jalan cerita dan juga pilihan pelakonnya.

Sejak episod pertama lagi, saya merasakan ada saja yang tidak kena dengan drama ini. Seperti biasa, slot Akasia pilihan cerita adalah adaptasi dari novel. Jalan cerita sudah biasa seperti kebanyakan novel-novel sebelum ini. Tetapi cerita kali ini adalah yang paling teruk.

Saya pasti, ramai penonton di luar sana bersetuju dengan pendapat saya. Lihat saja komen-komen negatif di media sosial yang membualkan tentang drama 'Hello Mr Perfect'.

Memang, sebagai penonton saya berhak untuk menukar siaran yang saya inginkan. Tetapi slot Akasia memang menjadi pilihan saya setiap kali pulang dari kerja. Dengan harapan dapat menenangkan fikiran selepas bebanan kerja dan kesesakan lalu lintas. Tetapi bila setiap kali menonton cerita itu membuatkan saya rasa tension pula.

Secara jujurnya saya menilai drama terbitan A. Aida Production, kebanyakannya tidak berkualiti dari segi jalan cerita dan pilihan pelakon. Sebagai contoh, cerita Menantu 10 Ribu dan Halimah Jongang. Untuk Hello Mr Perfect, lakonan para pelakonnya amat hambar. Sebagai contoh, watak utama wanita dalam drama tersebut yang memegang watak Ain dan Alya. Pelakon itu bagi pendapat saya, dia belum cukup layak diangkat memegang watak utama/penting dalam sesebuah drama yang mana dia masih perlu banyak belajar tentang menjiwai suatu watak.

Saya tertanya-tanya apa logiknya seorang pelakon memainkan dua watak berbeza tetapi hakikatnya dalam cerita tersebut kedua-dua watak itu tiada kaitan langsung?

Watak ibu yang mempunyak anak-anak berumur 20'an lakonan Fiza Elite, adakah logik dia memegang watak seorang ibu? Lain-lain pelakon seperti watak-watak adik Izzu yang saya rasakan agak annoying.

Saya berpendapat bahawa TV3 perlu lebih peka dan selektif dalam memilih drama untuk slot Akasia pada masa akan datang. Slot Akasia adalah antara yang berating tinggi. Tetapi jangan sampai rating jatuh disebabkan drama-drama seperti ini sering ditayangkan. Sekian. - Penonton Setia Slot Akasia. SUMBER

No comments :

Post a Comment