unclemaniam.blogspot.com

Saturday 5 March 2016

VIDEO AWEK BERTUDUNG JADI PERAGUT DI WAKAF CHE YEH JADI VIRAL

No comments :


BETULLAH di zaman ini, manusia baik dan jahat makin sukar dikenali.

Lihat sajalah video rakaman CCTV di bawah yang kini tersebar di media sosial.

Dalam kejadian yang dipercayai berlaku di depan sebuah klinik di Wakaf Che Yeh, Kelantan seorang wanita bertudung didapati tiba-tiba meragut beg tangan mangsanya lalu segera memasuki kereta yang diparkir dan dipandu orang lain.

Daripada rakaman, wanita berkenaan dilihat memasuki klinik beberapa minit sebelum keluar dan melakukan agenda jahatnya itu.

Wanita yang menjadi mangsa ragutnya dilihat cuba mengejar tetapi tidak sempat apabila kereta putih yang dipandu rakan suspek meluncur laju meninggalkan lokasi kejadian.

Apa pun, para wanita dinasihatkan jangan leka meletak barangan berharga terutama ketika berada di tempat awam jika tidak mahu berputih mata seperti mangsa ragut dalam video ini. 
 
 

No comments :

Post a Comment