unclemaniam.blogspot.com

Saturday 5 March 2016

VIDEO AMAH MANDIKAN BUDAK MACAM MAHU MEMBUNUH JADI VIRAL

No comments :


VIDEO seorang wanita dipercayai pembantu rumah memandikan anak kecil dengan sangat kasar mendapat kecaman netizen.

Dalam video tersebut, wanita bengis itu dirakam memperlakukan anak majikannya secara ganas malah menggunakan kaki untuk menggosok badan di kecil selain menarik rambut.

Dia juga dilihat sengaja mencurahkan air ke wajah si kecil seakan-akan mahu membuatkannya lemas.

Rata-rata komen menyelar tindakan tidak bertanggung jawab dan kejam ini.

Tidak dapat dipastikan di mana kejadian ini berlaku namun berdasarkan suara dalam rakaman, ianya kedengaran seperti di Thailand.

Semoga dengan tersebarnya video ini wanita terbabit dapat ditahan supaya dia tidak upaya melakukan perkara serupa kepada kanak-kanak lain. – SUMBER


No comments :

Post a Comment