unclemaniam.blogspot.com

Monday 7 March 2016

ISU HASHTAG #jumpadipadangmahsyar, "SAYA TAK KISAH" - ANAK ZAHID HAMIDI

No comments :


Ikon belia, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid tidak kisah netizen menggunakan hastag#JumpadiPadangMahsyar di media sosial masing-masing.

Beliau berkata, tidak ada salahnya netizen bersama-sama meriahkan dunia media sosial dengan hashtag tersebut.

“Biarlah mereka nak guna pun (hashtag #JumpadiPadangMahsyar). Itu bukan hashtag saya. Mereka yang wujudkan hashtag itu. Guna sajalah beramai-ramai.

“Apa salahnya kita memeriahkan dunia netizen?” katanya ketika ditemui Sinar Online selepas sidang media pelancaran program “Pay-It-Forward” di Pusat Beli Belah Anggerik, di sini, semalam.

Hashtag #JumpadiPadangMahsyar mula viral selepas Nurulhidayah mengeluarkan kenyataan untuk menunggu pengkritik bapanya, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Padang Mahsyar.

Nurulhidayah dipercayai mengeluarkan kenyataan itu selepas akaun parodi Facebook, Amran Fans mencadangkan beliau bekerja seperti operator pusat khidmat panggilan untuk menyahut cabaran bapanya.

No comments :

Post a Comment