unclemaniam.blogspot.com

Tuesday 9 February 2016

TUTORIAL CARA TUKAR NAMA DAN PASSWORD UNIFI ANDA DI RUMAH

No comments :

 
Bagaimana nak tukar password unifi? Antara perkara yang bakal bermain di minda anda selepas berjaya memasang Unifi.

Khas buat pengguna TM Unifi, kami kongsikan kepada anda tutorial untuk menukar nama dan password Unifi.

Rasanya majoriti pengguna Unifi tidak tahu cara untuk menukar nama dan password Unifi. Jadi, dengan tutorial ini anda pasti dapat tahu cara menukar nama dan password unifi sendiri tanpa bantuan dari staff TM.

Kenapa perlu tukar password?

Kemungkinan wifi anda diceroboh oleh orang lain adalah tinggi jika melihat dengan perkembangan teknologi terkini. Alat “pencuri wifi” sudahpun dijual di internet, jadi tidak hairanlah wifi anda mungkin dicuri oleh orang yang tidak dikenali atau penggodam.

Satu tips untuk semua, pastikan password unifi anda rumit dan dimasukkan gabungan huruf, nombor dan simbol bagi mengelakkan Unifi anda dicuri oleh orang lain.

Sambungan Unifi anda juga akan perlahan jika Unifi anda dicuri oleh orang asing. Jadi, tunggu apa lagi jom tukar nama dan password Unifi anda sekarang.

Ikuti 5 langkah mudah untuk menukar ID dan Password Unifi di rumah kediaman anda.

1. Buka browser anda dan taip http://192.168.0.1 dan paparan seperti dibawah akan muncul. Masukkan username dengan perkataan “admin” dan password dibiarkan kosong dan klik login.unifi.png




2. Selepas “login” akan muncul seperti di bawah ini:




3. Klik “Wireless” dan kelihatan seperti di bawah.




4. Langkah seterusnya adalah anda perlu klik pada “SSID”. Klik “edit” pada SSID nombor 1 iaitu sambungan unifi anda.




5. Selepas tekan “edit” tadi, paparan di bawah ini akan kelihatan. SSID adalah nama untuk unifi anda dan edit di bahagian itu jika mahukan nama baru dan pastikan ada @unifi dibelakang nama baru yang diedit. Pada bahagian “Preshared Key” masukkan password baru anda. Tekan butang “Submit”. Dalam tidak sedar, Signal Connection unifi anda akan hilang secara automatik. “Connect” seperti biasa unifi anda menggunakan password baru yang ditukar tadi.



Selamat berjaya!

No comments :

Post a Comment