unclemaniam.blogspot.com

Thursday 25 February 2016

RAMAI TAK TAHU, ISLAM MELARANG JUAL BELI KUCING - FATHUL BARI (VIDEO)

No comments :


KUCING adalah haiwan kesayangan ramai orang. Trend memelihara kucing juga dilihat semakin meningkat pada hari ini.

Bagaimanapun ada sesuatu yang ramai orang tak tahu iaitu membeli dan menjual kucing dilarang dalam Islam.

Perkara ini dimaklumkan oleh Yang Dipertua Pertubuhan Ilmuan Malaysia (ILMU) Dr Fathul Bari Mat Jahya.



Berikut antara penerangan Dr Fathul yang turut dimuatnaik dalam bentuk video di YouTube:

Dari Abu Az Zubair, beliau berkata bahawa beliau pernah menanyakan pada Jabir mengenai hasil penjualan anjing dan kucing. Lalu Jabir mengatakan,

زَجَرَ النَّبِىُّ -صلى الله عليه وسلم- عَنْ ذَلِكَ

“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang keras hal ini.” [HR. Muslim no. 1569].

Abu Muhammad Ibnu Hazm mengatakan bahawa yang dimaksud dengan ‘zajar’ dalam hadis di atas adalah larangan keras. [Al Muhalla, 9: 13]

Lagi dari Jabir, beliau berkata,

أَنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- نَهَى عَنْ ثَمَنِ الْكَلْبِ وَالسِّنَّوْرِ

“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang dari hasil penjualan anjing dan kucing.” [HR. Abu Daud no. 3479, An Nasai no. 4668, Ibnu Majah no. 2161 dan Tirmidzi no. 1279. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa hadis ini sahih]. – SUMBER


No comments :

Post a Comment