unclemaniam.blogspot.com

Saturday 13 February 2016

KEPUTUSAN SERI PASUKAN KELANTAN, PERBEZAAN PENDAPAT ANUAR & DR. VIDA

No comments :

Penasihat Kehormat KAFA Datuk Seri Dr Hamiza @ Dr Vida mencuri tumpuan penonton dengan gaya tersendirinya ketika menuju ke bangku pemain simpanan untuk menyaksikan perlawanan Liga Super antara Perak dan Kelantan di Stadium Perak malam tadi. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berbeza pendapat dengan Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman (Dr. Vida) berhubung keputusan perlawanan Liga Super 2016 malam tadi.

Dr. Vida memuji persembahan pasukan Kelantan walaupun sekadar mampu seri 0-0 dengan Perak, tetapi Annuar mengkritik prestasi yang dipamerkan pasukan berkenaan.

“Seperti di jangka, perlawanan yang hambar. Tiada 1-2. Tiada tiki taka. ‘Midfield’ yang ‘defensive’. Banyak ‘holding’ bola. Mungkin sebab ‘away game’.

“Apa pun kalau nak tiga mata macam itu punya main.. adoi…LETIH… Tapi 16 Februari dengan masuknya Indera dan Piya rasanya berbeza,” katanya melalui laman Facebook beliau hari ini.

Terdahulu, Dr. Vida selaku penaja utama pasukan Kelantan tetap berpuas hati dengan keputusan tersebut.

Menurut beliau, keputusan itu boleh dianggap sebagai satu kebanggaan kepada pasukan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) kerana sekurang-kurangnya tidak kalah di gelanggang lawan.

“Saya rasakan K. Devan sudah melakukan tugasnya dengan bagus pada aksi malam ini (Sabtu). Ia juga satu permulaan yang baik untuk Kelantan,” katanya.

Malah, Dr. Vida turut memuji prestasi yang ditunjukkan kesebelasan utama pasukan tersebut.

“Secara keseluruhannya, saya berbangga dengan prestasi pemain yang menunjukkan peningkatan ketara. Corak permainan juga semakin menjadi dan wujud keserasian dalam kalangan pemain,” katanya lagi. – SUMBER

No comments :

Post a Comment