unclemaniam.blogspot.com

Sunday 28 February 2016

JUBAH ABANG SADO JADI BAHAN LAWAK DI MEDIA SOSIAL

No comments :


SEJAK beberapa tahun ini, fesyen baju tradisional lelaki mula bawa angin perubahan apabila pelbagai elemen moden mula diterapkan dalam tatacara bergaya mengikut cita rasa golongan muda.

Daripada tradisi baju Melayu dan kain samping, trend pakaian tradisional golongan lelaki moden pada masa kini tampil dalam versi jubah, kurta dan banyak lagi dengan variasi warna atau corak yang pelbagai.

Maka ada di kalangan pereka fesyen tempatan yang terlebih berani cuba membuat kelainan dengan menampilkan koleksi pakaian ala tradisional ini kepada elemen ‘hipster‘ sehingga boleh mengudang kritikan orang ramai.

Baru-baru ini, netizen tempatan dikejutkan dengan pelancaran ‘Jubah Pahlawan’ oleh Farbel Exclusive yang dikatakan direka kononnya mengikut ‘trend’ fesyen terkini.

Koleksi pakaian unik tersebut dikongsi oleh pengguna Facebook dikenali sebagai Rizal Hakimm menerusi kiriman posting yang dimuat naik pagi Jumaat.


Pengenalan ‘Jubah Pahlawan’ itu dibuat dengan menampilkan beberapa jejaka-jejaka yang gagah berbadan tegap atau lebih dikenali dengan panggilan ‘abang sado’.

Rekaan moden inspirasi dari Jepun itu dilancarkan dengan aneka warna, antaranya ialah merah jambu, biru dan kuning.



Susulan itu, pelbagai reaksi membanjiri media sosial berkenaan koleksi pakaian tersebut.
Rata-rata pengguna media sosial mengkritik rekaan jubah tersebut dengan menyifatkan ia kelihatan cukup pelik melampau.

Antara komen yang ditujukan ialah jubah tersebut berkelihatan seumpama pakaian ibu bersalin atau sebagai jubah golongan wanita atau pun jubah pakar perubatan.


Paling ‘makan dalam’ adalah pandangan daripada seorang pengguna bukan Islam mengenai jubah tersebut sepertimana yang dikongsikan diruangan komen pautan gambar.





Ada betulnya juga, hendak berfesyen tu berfesyen lah, tetapi jangan dilupa niat kita berjubah tu sebenarnya untuk apa.

Tidak ketinggalan juga gambar animasi yang dijadikan sebagai satu baha jenaka menerusi media sosial.


Apa-apa pun, ia bergantung kepada cita rasa masing-masing. Fesyen adalah suatu yang universal dan jika anda berani mencuba, silakan!

Apa yang menjadi persoalannya, adakah ia mampu bawa satu nilai positif terhadap aspek budaya masyarakat Melayu di negara ini ataupun suntikan urbanisasi tersebut tidak lebih sekadar eksperimen yang muncul atas dasar ‘nak cuba kelainan’.

Jujurnya apa yang boleh kami rasakan ialah rekaan jubah bak ibu bersalin ini terang-terang bukan ‘taste‘ kami.

No comments :

Post a Comment