unclemaniam.blogspot.com

Sunday 7 February 2016

"JUALLAH MARUAH KAMU.." - LUAHAN KECEWA AFDLIN SHAUKI INDUSTRI HIBURAN DIBULI JUTAWAN

No comments :


Program realiti dan hiburan tanah air kini menjadi sasaran pengusaha untuk mengiklankan dan melariskan jualan produk mereka.

Terbaharu, Afdlin Shauki meluahkan rasa kecewanya mengenai isu ini. Walaupun tidak dinyatakan kepada siapa luahan ini ditujukan, rata-rata peminat sudah dapat meneka.

Ikuti luahan Afdlin Shauki mengenai isu ini.

Juallah maruah kamu Malaysia... Tak payahlah belajar susah-susah lagi. Cikgu di university di sekolah semua buang masa saja pasal pada akhirnya kita semua akan dengar cakap org yg berduit. Tak payahlah nak belajar teruk teruk sangat lah macam ni.

Korang cakap kita patut sokong melayu! Aku kata kita sokong semua org tak kira bangsa. Apa? kalau melayu nak menjahanamkan melayu kita kena sokong jugak ke?.... Industri seni ni industri kesayangan aku dan ramai lagi pengusahanya dan kita berusaha dan belajar bertahun tahun nak buat sesuatu yg baik dan membanggakan.

Contohnya, Kalau kamu doktor dan ada syarikat pharma nak sponsor ubatan yg kamu rasa macam tak sesuai tapi kerana dia bagi kamu duit, adakah kamu sanggup bagi kepada pesakit kamu? Walaupun ubat tu tak sesuai...

Kadang kadang tak guna bercakap dgn org yg tak faham pasal mereka tak peduli tentang industri kamu.

Lagi satu, apasal pulak timbul isu dengki, aku nak dengki apa? Aku dah cukup rezeki yg di beri Allah SWT... Tapi apa nak jadi dgn industri aku kalau integriti kerja kita terganggu. Mungkin aku bodoh, tapi aku dari dulu tak bekerja kerana duit.

Sebab tu aku pernah kensel menerbitkan satu program besar pasal aku memboikot kompeni yg ingin menaja program aku kerana kompeni itu menyokong zionis israel. Pada ketika tu kompeni aku tak bekerja selama 6 bulan, tapi rezeki di tangan Allah SWT, Alhamdulillah Allah mempermudahkan urusan kami.

Integriti penting dalam kerja kita. Aku bersuara pasal aku tak mahu tengok Industri aku menjadi hamba kepada duit. Kita boleh bekerjasama dengan duit. Dengan menimbulkan situasi win win. Dua-dua pihak boleh benefit from a good working relationship.

Tapi ramai yg tak kisah pasal dan tak menghormati industri kami. Aku faham pasal ianya industri hiburan. Lagho lah ... Org tak berpelajaran pun boleh berjaya. Tapi bila terasa sunyi dan sedih... Hiburan juga di cari.

Hiburan boleh juga boleh mempunyai pelajaran dan ilmu tapi mungkin itu bukan yg di mahukan daripada syarikat yg hanya mahu hardsell produk mereka. Hardsell bermaksud menjual nama produk tak henti henti sampai org rasa terganggu dari tujuan asal menonton rancangan tersebut.

Soft selling pula akan memberi impak jangkamasa panjang untuk sesuatu syarikat tu pasal produk itu akan nampak lebih tinggi statusnya. Contohnya iklan Petronas yg sentiasa memberi impak tinggi kepada rakyat malaysia setiap tahun sewaktu musim perayaan dan hari kebangsaan. Sekali pun diorang tak sebut petronas dlm iklan tu. Tapi impaknya berpanjangan. Ini di panggil psychology pemasaran.

Aku berbangga dgn org melayu yg berjaya, aku bangga dgn org cina yg berjaya, aku bangga dgn semua rakyat malaysia yg berjaya dan ini bukan isu dia. Isu dia adalah korang penonton aku org industri. Yg aku risaukan adalah masa depan industri ini...

Aku tak peduli dgn pendapat org yg tak berpelajaran yg tak berbincang dgn menggunakan akal. Tapi kalau bincang kau kena paham subjek bukan main hentam aje baru boleh bincang tapi kepada mereka yg saja nak cari pasal panggil aku gemok la apa la... Golongan melayu terpelajar ni tak payahla nak masuk buat hal kat sini pasal aku akan delete aje dan block korang aje. Pasal ni space aku.
 
 

No comments :

Post a Comment