unclemaniam.blogspot.com

Tuesday 23 February 2016

"JANGAN SAMAKAN MAT MOTO DENGAN MAT REMPIT !" - KU NAN DIKECAM NETIZEN

No comments :


CADANGAN Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri tengku Adnan Tengku Mansor berkenaan penutupan jalan raya di Kuala Lumpur bagi membenarkan perlumbaan mat rempit pada waktu malam nyata mengundang pelbagai reaksi negatif netizen.

Majoriti pengguna media sosial mengecam cadangan Tengku Adnan yang disifatkan sebagai mempromosi budaya tidak sihat selain mengundang bahaya.

Pengguna Facebook, Muhammad Syafiq Azizan megencam cadangan menteri itu sebagai cuba menggalakkan perlumbaan membahayakan yang boleh membawa pelbagai masalah sosial lain.

“Jangan samakan ‘Mat Moto’ dengan ‘Mat Rempit’. Mat Moto tak minat race (berlumba). Mat Rempit hanya minat race secara haram dan tak minat ciri-ciri keselamatan untuk cabaran sebenar.

“Idea nak menghalalkan race jalanan ini akan menggalakkan masalah seperti perjudian haram, pengubahsuaian haram, kecederaan haram dan pokai haram. Jangan menghalalkan benda haram!!!” tegasnya.

Sementara itu, Muhammad Irfan dalam komennya berkata, cadangan kurang arif oleh Tengku Adnan ini akan menyebabkan golongan tersebut lebih berminat untuk bersuka ria dan mengabaikan pelajaran.

“Aku rider juga. Tapi ini cadangan tidak bagus. Menggalakkan budak-budak rempit bodoh buat perangai… Patutlah ramai budak-budak malas belajar sekarang nak main motor je. Salah satu sebab kerana movie melayu rempit bodoh,” ujarnya lagi.





Tengku Adnan sebelum ini mengatakan pihaknya sedang berbincang dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mhd. Amin Nordin Abdul Aziz berkenaan perlaksanaan program ‘mat motor’ untuk berlumba di jalan raya secara sah.

“Mungkin kita akan buat sekali atau dua dalam seminggu, pada hari tersebut, kita rancang hari tanpa kenderaan tetapi untuk Mat Motor berlumba pada waktu malam.

“Kita akan kawal situasi, memahami bahawa ia merupakan hiburan untuk mereka,” katanya kepada pemberita pada Isnin.

No comments :

Post a Comment