unclemaniam.blogspot.com

Sunday 7 February 2016

BUNGA CINTA LESTARI LEPAS GERAM SELFIE SATU DEWAN DI MLM

No comments :

Jika minggu lalu Shaheizy Sam teruja dan sanggup berlari-lari melayan karenah peminat di program Maharaja Lawak Mega 2016, kini giliran Bunga Citra Lestari pula.

Sedia maklum, BCL tidak akan muncul di minggu ketiga MLM 2016 kerana terikat dengan kerja yang lebih penting di Indonesia.

Kemunculan BCL selaku salah seorang juri di MLM 2016 dianggap penyeri kepada suasana di dalam Auditorium Dewan Teater Selangor, Shah Alam lapor Astro Gempak.



Setiap kali BCL muncul sebelum bermulanya pentas MLM, para peminat yang berada di dalam auditorium akan memberi tepukan yang gemuruh diselangi suara-suara ‘nakal’ yang mahu mengajak BCL berselfie.

Istimewanya, BCL turut mengakui kepada pihak media dia cukup teruja setiap kali berada di kerusi juri MLM 2016 kerana kemeriahan dan ‘vibe’ positif yang datangnya dari peminat yang cukup bertenaga.

Sama seperti Sam pada minggu lalu, BCL dengan begitu sporting berselfie bersama peminat di dalam auditorium sewaktu tiba waktu iklan.


Di sini kami kongsikan beberapa foto selfie BCL bersama peminat di sepanjang MLM 2016 minggu kedua.







No comments :

Post a Comment