unclemaniam.blogspot.com

Thursday 25 February 2016

BERITA SULTAN JOHOR BELI PESAWAT BOEING 737-800 JADI VIRAL (3 GAMBAR)

No comments :


Sejak semalam, viral di laman sosial berita kononnya Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar telah membeli sebuah pesawat eksekutif Boeing Business Jet (BBJ) 737/800 baharu dan heboh diperkatakan di laman sosial mulai semalam.

Menurut laporan sebuah portal berita tempatan yang memetik sumber, pesawat peribadi berkenaan kini dalam yang perjalanan daripada dari Washington ke Johor Bahru dan dibina dengan ciri khas mengikut spesifikasi diinginkan Sultan Johor.

Difahamkan juga pesawat baharu itu berkemampuan membuat penerbangan selama 10 jam tanpa henti.



Beberapa keping gambar yang menjadi viral di laman sosial semalam menunjukkan sebuah pesawat bewarna keemasan dengan jalur biru di bahagian tepi selain terdapat logo bertulisan SI dan bendera Johor di badan pesawat.

Berdasarkan harga semasa pesawat model 737-800 ini, ianya dianggarkan berharga lebih RM400 juta (AS$96 juta).

Imej BBJ2 sebagaimana yang ditunjukkan oleh Boeing di laman web rasmi mereka

Pesawat yang dikatakan antara yang tercanggih ini menggabungkan kerangka pesawat generasi baru 737-700 termasuk sayap kukuh, bahagian tengah badan pesawat dan gear pendaratan yang lebih besar dan lebih berat 737-800, dengan tiga hingga 10 perut tangki bahan api tambahan.

Kokpit pesawat dilengkapi dengan HUD (Head Up Display). Peralatan ini biasanya dipakai oleh pesawat tempur di mana fungsinya adalah untuk memudahkan juruterbang menentukan keseimbangan pesawat dengan lebih baik samaada "vertikal"ataupun "horizontal".

Pesawat ini menggunakan enam layar LCD yang terpadu dalam bentuk glass cockpit. Pesawat ini menggunakan Glass Cockpit secara menyeluruh. Sistem Glass cockpit ini dipercayai akan menjadi trend bagi pesawat-pesawat baru. Lion Air merupakan pengguna awal pesawat ini.

Bagaimanapun, pihak Istana Johor yang dihubungi enggan mengulas atau mengesahkan perkhabaran berkenaan. - Siakapkeli.my

Statistik Boeing 737-800:

1. Kecepatan Terbang: Mach 0,78, 440 kt (815 km/h) (NG).

2. Mesin: Dua kipas Turbo, antara 64,4 kN sampai 117,3 kN per mesin, CFM56-7 (600, 700, 800, 900, 900X).

3. Jangkauan jelajah maksimum: 2.745 mil laut (5.080 km) (800).

4. Jarak dari hujung sayap kiri ke hujung sayap kanan: antara 28,3 m hingga 34,3 m (93,0 kaki - 112,6 kaki) (36 m untuk sayap lawi bagi -700, -800, -900).

5. Panjang: 42,1 m (138,2 kaki) (900).

6. Ketinggian ekor pesawat: 12,5 m (41,2 kaki) (700, 800, 900).

7. Berat maksimum (takeoff): 79.010 kg (174.200 lb) (900).

8. Kapasitas: 85 hingga 189 penumpang.

9. Autopilot, display, navigasi and sensor oleh Honeywell.(win10) 
 

No comments :

Post a Comment