unclemaniam.blogspot.com

Tuesday 9 February 2016

BARBIE BERHIJAB JADI BINTANG MEDIA SOSIAL

No comments :


LONDON – Seorang pelajar sains perubatan warga Nigeria mencetuskan viral di media sosial di United Kingdom selepas dia memuat naik gambar anak patung Barbie dalam pelbagai busana menutup aurat rekaannya.

Haneefa Adam tidak pernah melihat Barbie berhijab sebelum ini lalu mengambil keputusan membuka akaun Instagram dan memakaikan Barbie dengan rekaannya selepas terjumpa satu laman gaya Barbie di Instagram.

Beliau yang berusia 24 tahun berkata kepada stesen CNN, bahawa beliau juga mula menempah anak patung Barbie sendiri dari luar negara kerana ia memang tidak dijual di negara kelahirannya iaitu Nigeria.

Katanya, anak patung itu adalah cara terbaik untuk memperbaiki tanggapan salah bahawa majoriti wanita Islam dipaksa menutup aurat konon semata-mata untuk melambangkan agama anutan mereka.

Pemegang Ijazah Sarjana Farmakologi dari United Kingdom itu kini mempunyai 19,400 pengikut menerusi media sosial dan mula menerima tempahan Barbie berhijab dari seluruh dunia. – SUMBER

No comments :

Post a Comment