unclemaniam.blogspot.com

Monday 11 January 2016

KOMEN PU RAHMAT TENTANG ISU UPLOAD MENYUSU ANAK DI LAMAN SOSIAL

No comments :

ilustrasi kartun: Shidie Art
Nampaknya isu gambar menyusu bayi yang dimuatnaik ke laman sosial semakin panas apabila terbaru sebuah Facebook bernama Amran Fans telah menerima amaran daripada pihak Facebook kerana ramai netizen mula melaporkan mengenai sebuah pos Amran mengenai perkara tersebut kerana disifatkan mereka sebagai menyebar aib kerana gambar tidak disensor terlebih dahulu.

Isu ini mula tercetus apabila ibu-ibu muda telah muatnaik gambar selfie mereka sedang menyusu badan anak ke laman sosial yang kita kena ketahui ia universal dan tiada tempat yang sebenarnya 'private' dan ramai yang berkongsikan gambar berkenaan.

Apapun admin tidak mahu ulas panjang isu ini, jom kita baca apa pandangan atau kata-kata dari seorang agamawan iaitu Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan.

Seputar isu ibu muda posing sambil susukan anak.

Soalan: Ustaz, apa hukum upload gambar selfie posing susukan anak?

Ustaz: Astaghfirullah. Hukumnya haram dan kena cepat2 delete.

Soalan: Tapi, dia tak dedah aurat pun. Seluruh tubuh terlindung...

Ustaz: apa saja yg penampilan perempuan boleh menarik perhatian ajnabi walaupun tutup aurat ialah haram. Dalil:

1. فلا يخضن بالقول . سورة الأحزاب
Orang perempuan tidak boleh lunakkan suara

2. ولا يضربن بأرجلهن ليعلم ما يخفين من زينتهن سورة النور
Orang perempuan jangan hentak kaki utk tunjuk perhiasan tersembunyi.

3. ولا يبدين زينتهن الا ما ظهر منها . سورة النور
Orang perempuan jangan tunjuk perhiasan yg tersembunyi kecuali yang terzahir.

4. ايما امرأة استعطرت فمرت على قوم ليجدوا ريحها فهي كذا وكذا اي زانية . حديث مسلم
Mana2 wanita yg berwangi2an dan melintasi kaum lelaki sehingga terbau wangiannya, maka ia telah (menghampiri) zina.

Soalan :apa kena mengena dalil ni dengan posing menyusukan anak?

Ustaz : jika memakai wangi wangian sehingga menarik syahwat pun sudah menhampiri zina apatalagi Gambar Breast Feeding .. tidak kah akan ada eksploitasi

Dalil2 ini bukan untuk mendiskriminasi kaum wanita, tetapi sebagai perlindungan buat mereka. Orang lelaki diminta menghormati wanita. Aurat mereka adalah ekslusif buat insan-insan istimewa dalam hidup mereka.

menjaga wanita dari di diskriminasi dan di Eksploitasi adalah tanda Agama Islam menyayangi wanita

maka jangan la membuka ruang Di Eksploitasi dengan gambar yang boleh dimanipulasi
sayangi diri dengan sifat malu dalam diri.

sumber

No comments :

Post a Comment