unclemaniam.blogspot.com

Monday, 18 January 2016

AZWAN ALI BAKAL DISAMAN KERANA KICAP

No comments :

SUMBER
Azwan Ali bakal berdepan dengan tindakan undang-undang apabila sebuah syarikat pengeluar kicap tersebut mendakwa selebriti itu mengeluarkan kenyataan dan video bersifat fitnah terhadap produk mereka, lapor The Rakyat Post.

Tirana Products Sdn Bhd yang diwakili oleh peguam Adnan Seman telah memberikan notis tuntutan agar Azwan membuat permohonan maaf secara bertulis di sebuah akhbar tempatan serta menarik semula kenyataan dan video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya sebelum 26 Januari.

Pemiliknya, Dr Hilmi Murad Mohamed berkata, tindakan selebriti itu telah memberikan impak yang buruk kepada syarikatnya. Beliau berharap Azwan mengambil langkah untuk membersihkan kembali nama produk dan syarikatnya itu.

"Komen-komen yang diberikan agak pedas dan melampau. Kalau pun iklan saya itu teruk, tetapi ada cara untuk kita menegur. Tegur dengan cara yang beradab, kita orang Melayu dan kita beragama Islam," katanya.



Difahamkan, Azwan sebelum ini memuat naik klip video iklan Kicap Tirana dan satu parodi yang memaparkan dirinya menuang kicap berlebihan ke atas satu hidangan sambil meniru loghat percakapan model dalam iklan tersebut.

Dua hari yang lalu, Azwan Ali dipercayai telah dihubungi oleh pihak syarikat berkenaan yang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya. Namun, dalam kapsyen video iklan tersebut, Azwan seolah-olah mencabar syarikat itu memfailkan saman terhadapnya jika berani.

Bagaimanapun Azwan Ali dalam respon terkininya melalui Instagram menyatakan dia tidak gentar dengan ugutan saman yang diberikan. Malah, beliau juga akan memberikan saman balas terhadap syarikat berkenaan. - SUMBER

No comments :

Post a Comment