unclemaniam.blogspot.com

Tuesday 1 December 2015

RAJA AZURA & SALIH YAAKOB TERKEJUT KONTRAK SINAR FM TIDAK DISAMBUNG

No comments :


BARU-BARU ini industri hiburan dikejutkan dengan pengumuman Salih Yaakob dan Raja Azura di pentas Gegar Vaganza 2, minggu keenam bahawa mereka bakal meninggalkan program Sinar Pagi di Sinar FM bermula 27 November 2015.


Dalam pada itu, persoalan mengenai siapa yang bakal menggantikan tempat mereka terjawab apabila pelawak Jep, Shuib dan Rahim ditugaskan untuk mengendalikan program tersebut.

Terbaharu, Salih mendedahkan rakan kontinya Raja Azura masih belum dapat menerima hakikat bahawa kontrak mereka dalam program Sinar Pagi itu tidak disambung.

Menurut Salih, 54, dia faham apa yang dirasai Raja Azura memandangkan mereka serta deejay-deejay lain telah sama-sama memperjuangkan radio tersebut sehingga mencapai kejayaan.

“Dia (Raja Azura) masih tidak dapat menerima hakikat lagi. Saya ingatkan, saya keluar, dia yang kekal.

“Keputusan itu benar-benar mengejutkan. Cuma saya dapat rasa sejak tahun lalu lagi, banyak perkara yang diubah dalam Sinar FM termasuklah tagline ‘Muzik Retro Terbaik’ ditukar kepada ‘Menyinari Hidupmu’ di mana isi kandungan dan hala tuju radio berkenaan juga diubah,” katanya kepada mStar Online.

Sementara itu, Salih mengakui, dia terpaksa akur dengan hati terbuka apabila khidmatnya yang sudah sembilan tahun mengendalikan slot berkenaan tidak diperlukan.

“Saya akur dan menerima perkara ini dengan hati yang terbuka. Lagipun, mereka (Sinar FM) lebih berkuasa dalam memilih yang terbaik untuk stesen mereka kekal menjadi pilihan masyarakat.

“Mereka juga telah menawarkan saya mengendalikan slot petang bersama Feeya bermula tahun depan. Cuma gajinya lebih rendah daripada apa yang saya dapat sekarang.

“Ada juga beberapa stesen radio menawarkan saya bekerja dengan mereka tetapi saya masih belum membuat keputusan lagi. Biarlah saya berehat dahulu sepanjang sebulan ini,” ujarnya. – sumber

No comments :

Post a Comment