unclemaniam.blogspot.com

Wednesday 9 December 2015

"MELAYU BANGSAT KETINGGALAN, ISLAM SUDAH JATUH LONGKANG" - (VIDEO)

No comments :


SINGAPURA - Tak tahu apa masalah pakcik ini sebenarnya sehingga bertindak sedemikian. Mungkin ada benarnya kajian pernah mengatakan bahawa rakyat Singapura menjuarai carta kajian paling stress di Asia.

Video pakcik berbangsa Cina yang mengamuk di MRT Singapura ini dimuat naik pada 7 Disember lalu oleh Rohaizatbai di laman Facebook telah mendapat 14,000 lebih perkongsian.

Berdasarkan video viral berkenaan, pakcik itu memaki hamun wanita yang merakam videonya mengamuk sehingga membabitkan bangsa Melayu dan agama Islam.

"Islam sudah ketinggalan. Masuk masjid, keluar masjid, semua sudah lupa. Jangan sampai aku cepuk kau! Sundal! Kau keluarlah! Anak sundal keluar!

"Keluarlah barua! Melayu bangsat sudah ketinggalan, Islam sudah jatuh longkang!" katanya.

Meskipun banyak perkongsian di Facebook, namun tiada siapa yang tahu punca sebenar kejadian itu.

Bagaimanapun, ada yang netizen yang mendakwa pernah terserempak dengan pakcik ini 6 bulan yang lalu.

"Oh my god! Pakcik ini lagi! Enam bulan yang lalu ketika saya sedang menunggu train, saya nampak dia sedang memarahi dan mengugut seorang remaja China. Dia pukul remaja itu sehingga menyebabkan hidungnya berdarah. Hari ini, dia ulang lagi perbuatannya. Saya rasa mungkin dia ada masalah mental," kata Karm.

Walaupun begitu, tindakan individu yang merakam video tersebut juga tidak mengambarkan bahawa dirinya berada di pihak yang tidak bersalah. Netizen mengandaikan bahawa sudah pastinya wanita itu telah melakukan sesuatu yang menimbulkan kemarahan pakcik itu.

Juga, ada segelintir netizen yang memuji kefasihan bahasa Melayunya yang juga kedengaran seperti bahasa 90'an. - SUMBER
 

No comments :

Post a Comment