unclemaniam.blogspot.com

Tuesday 15 December 2015

HARGA TELEFON RM800 TIBA-TIBA JADI RM10,000, LELAKI DIKURUNG SELAGI TIDAK BAYAR

No comments :

MUHAMMAD YUSUF AZMI (dua dari kiri) menyaksikan penyerahan wang oleh jurujual kepada Dipres Nasution Mohd. Arifin (dua dari kanan) selepas menerima aduan penipuan penjualan telefon bimbit di Kompleks Kota Raya, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 15 Dis. – Seorang lelaki 'dikurung' di dalam sebuah bilik kecil selama empat jam oleh beberapa orang lelaki dek kerana beliau enggan meneruskan pembelian empat telefon bimbit di sebuah kedai.

Difahamkan, lelaki berkenaan enggan meneruskan pembelian tersebut kerana harga keempat-empat telefon tersebut tiba-tiba melonjak kepada RM10,000 jika dibandingkan dengan harga yang dipersetujui iaitu sebanyak RM800.

Mangsa, Dipres Nasution Mohd. Ariffin, 28, berkata dia pada awalnya berminat untuk membeli keempat-empat telefon tersebut kerana tawaran menarik oleh penjual berkenaan iaitu dengan harga RM200 setiap satu.

Namun, setelah bayaran dibuat, penjual telefon tersebut enggan menyerahkan telefon terbabit tetapi mengarahkan Nasution memasuki sebuah bilik keicl di sebuah premis lain yang berada berhampiran.

“Setelah menunggu selama kira-kira sejam di dalam bilik itu, seorang lelaki lain datang membawa bil dan apabila melihat bil tersebut, saya terkejut kerana harga pembelian telefon bimbit mencecah RM10,000.

“Saya bertanya kepada lelaki itu, kenapa harganya lain daripada yang dipersetujui iaitu RM800 tetapi dia memberi pelbagai alasan,” katanya memetik laporan Utusan Online.

Lebih teruk, Nasution berkata biarpun dia enggan meneruskan pembelian, dia dipaksa membayar harga telefon bimbit tersebut jika mahu 'dibebaskan'.

“Saya terkejut dan mempersoalkan proses awal pembelian. Apabila saya ingin membatalkan semula pembelian itu dan menuntut kembali wang sebanyak RM800 itu, mereka enggan mengembalikannya malah mengugut yang nama saya akan di senaraihitamkan oleh jenama telefon tersebut.

“Lelaki itu memaksa saya keluarkan duit dari mesin pengeluaran wang automatik (ATM), saya katakan hanya mempunyai RM5,000 sahaja dan jumlah itu tidak cukup untuk menjelaskan harga semua telefon bimbit tersebut. Selagi tidak bayar, saya tidak akan dilepaskan.

“Setelah mendapati akaun saya benar-benar tidak mempunyai wang yang cukup, dia akhirnya bersetuju menerima RM5,000 untuk empat telefon bimbit malangnya jenis telefon bimbit yang diserahkan kepada saya tidak sama dengan pilihan asal,” katanya.

Merasa dirinya ditipu, Nasution telah membuat aduankepada beberapa agensi termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, namun dia kecewa apabila tiada sebarang tindakan diambil.

Nasution kemudian melaporkan kejadian itu kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). PPIM kemudian bertindak melakukan serbuah di Kompleks Kota Raya, Jalan Tun Tan Cheng Lock semalam.

Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Muhammad Yusuf Azmi berkata dia percaya wujud rangkaian yang dijalankan oleh pihak-pihak tersebut di kompleks berkenaan bagi melakukan penipuan terhadap pelanggan.

Katanya juga, kebanyakan yang menjadi mangsa penipuan tersebut adalah warga asing selain dari masyarakat tempatan.

“Dalam serbuan yang dilakukan, kita dapati banyak kedai menjual telefon bimbit tiruan pada harga mahal. Sebanyak RM11,900 berjaya dituntut semula daripada beberapa pemilik premis perniagaan ber­kenaan dengan melibatkan tujuh mangsa.

“Saya mengharapkan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menjalankan pemantauan dengan lebih rapi supaya kes-kes penipuan seperti ini tidak berlaku lagi,” katanya. - sumber


SEORANG wanita warga Indonesia yang dikurung selama dua jam di sebuah bilik mendapatkan semula wang daripada seorang jurujual telefon bimbit di Kompleks Kota Raya, Kuala Lumpur semalam.

No comments :

Post a Comment