unclemaniam.blogspot.com

Monday 14 December 2015

"BUKAN DARAH PAHLAWAN TANPA TELUR" - DARI MAHASISWA UNTUK KERAJAAN

No comments :


Berdasarkan pemerhatian kami, nampaknya ramai juga rakyat melemparkan rasa tidak puas hati terhadap kenaikan harga yang diumumkan baru-baru ini.

Bebanan itu jelas sekali dirasai oleh masyarakat umum terutamanya sekali dalam kalangan mahasiswa yang sedang menjalani pelajaran di mana-mana institut pengajian di Malaysia yang masih belum mempunyai sumber pendapatan mereka sendiri.

Pemimpin. Gunakanlah kuasa untuk membantu. Bukan menekan

Bila harga minyak naik, rakyat dinasihati berkongsi kenderaan.

Bila berkongsi kenderaan, harga tol pulak naik, rakyat dinasihati guna laluan tanpa tol.

Bila guna laluan tanpa tol berlaku kesesakan lalu lintas. Rakyat dinasihatkan pula menggunakan pengangkutan awam.

Bila guna pengangkutan awam, harga tambang pulak naik.

Rakyat dinasihatkan berjimat cermat.

Bila semua harga naik, Gaji menteri dinaikkan kerana terbeban dengan ekonomi semasa. (27 Julai 2015)

Dah rakyat tak terbeban ke? Kalau gaji menteri yg berbelas-puluh ribu pun terbeban inikan pula rakyat marhaen bergaji minima RM1000.

Pemimpin.

Gunakanlah kuasa untuk membantu. Bukan menekan.

Berhadapan dengan isu sebagai anak jantan. Bukan darah pahlawan tanpa telur.

Buktinya, rungutan daripada seorang mahasiswa ini mendapat persetujuan daripada netizen terutamanya dalam kalangan pelajar sendiri.

Setuju..



Mesej yang disampaikan oleh Helmi Muktar ini ternyata mendapat perhatian umum dan mempunyai lebih daripada 1,000 perkongsian oleh pengguna Facebook.



SUMBER

No comments :

Post a Comment