unclemaniam.blogspot.com

Thursday 10 December 2015

BIADAB, WANITA BAWA ANJING DI KFC TAWAU

No comments :


TAWAU - Gambar seorang wanita membawa anjingnya baka Chihuahua ke sebuah restoran makanan segera di Tawau, Sabah, viral di laman sosial.

Insiden berkenaan berlaku di Kentucky Fried Chicken (KFC) Pasaraya Giant Tawau. Wanita terbabit membawa anjing peliharaannya masuk ke premis itu tanpa mempedulikan pelanggan yang lain.

Difahamkan, kakitangan KFC yang menyedari tindakan wanita itu terus menegur perbuatannya yang telah melanggar larangan yang tertera di pintu masuk premis dan meminta wanita itu membawa haiwan peliharaannya keluar.

KFC Malaysia dalam kenyataan memaklumkan pihaknya telah mengambil tindakan yang sewajarnya bagi memastikan kebersihan premis cawangan mereka kekal terjamin.

"KFC Malaysia amat mengambil berat tentang kebersihan restoran kami dan memastikan bahawa perniagaan kami menepati garis panduan Halal yang telah ditetapkan," kata kenyataan itu. - SUMBER

No comments :

Post a Comment