unclemaniam.blogspot.com

Monday 30 November 2015

"YUS SEPERTI TERKENA SERANGAN SAWAN DAN TERUS TIDAK SEDARKAN DIRI" - RAKAN SERUMAH PAK YUS

No comments :


Industri hiburan tanah air semalam dikejutkan dengan berita pemergian pelawak Allahyarham Yussry Edoo atau lebih dikenali sebagai Pak Yus ataupun Yus Jambu kira-kira jam 12.20 pagi semalam.

Berkongsikan kisah pelawak yang diminati ramai ini, rakan serumah Pak Yus, Wan Sharizon Rahim menyatakan beliau tidak menyangka perubahan sikap arwah baru-baru ini yang tidak banyak bercakap kebelakangan ini menjadi petanda beliau akan pergi selama-lamanya.

Menurut Wan Shahrizon lagi yang telah mengenali Yus sejak 20 tahun lalu, perkara ini hanya disedari beliau selepas arwah meninggal dunia akibat sesak nafas malam tadi, barulah beliau perasaan perubahan sikap teman baiknya itu.

"Sepanjang mengenali arwah, dia suka bergurau. Bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini saya dapati dia kurang bercakap. Selalunya dalam kereta dia suka berbual, tetapi kebelakangan ini lebih banyak mendiamkan diri.

"Sebenarnya, saya tidak perasaan perubahan sikap beliau sehinggalah malam tadi. "Banyak lagi perubahan sikap arwah sebelum dia pergi, tetapi sukar untuk saya mengingati semuanya," kata Shahrizon yang berada di sisi ketika Yus menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Beliau juga memberitahu, semalam semasa Yus membuat persembahan terkahir pertandingan akhir Raja Band di Dataran Merdeka, malam tadi, beliau melihat Yus seperti termengah-mengah.

Sebaik persembahan berakhir, Yus meminta dihantar pulang dengan segera.

"Yus kelihatan sangat penat sehingga menolak permintaan beberapa peminat yang ingin bergambar dengannya di belakang pentas. Sebelum ini, dia bukan macam itu.

"Yus biasanya akan melayan setiap peminatnya. Sebaik masuk ke dalam kereta, beliau membuka kasut dan bajunya serta bersandar kepenatan," katanya dipetik BH Online.

Shahrizon berkata, di dalam kereta beliau sempat berseloroh dengan Yus mengenai jenis pekerjaan disukainya.

"Saya cakap antara main bola sepak dan menyanyi, mana satu lebih penat. Lantas Yus jawab menyanyi."

"Namun, sebaik kami melalui Jalan Ipoh, Yus seperti terkena serangan sawan dan terus tidak sedarkan diri."

"Kami sangka Yus hanya pengsan. Kami segera membawanya ke Hospital Selayang. Apabila tiba di bahagian Zon Merah, Unit Kecemasan, doktor yang memeriksanya mengatakan Yus sudah meninggal," katanya.

Shahrizon berkata, arwah sebelum ini pernah mengalami masalah jantung dan kencing manis. - SUMBER

No comments :

Post a Comment