unclemaniam.blogspot.com

Thursday 26 November 2015

WANITA CEDERA DI TANGAN & LUTUT, RUGI RM1200 SELEPAS DIRAGUT

No comments :


Melaka: Seorang wanita bukan sahaja kerugian lebih RM1,200 malah cedera di tangan dan lutut selepas menjadi mangsa samun dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal ketika melalui lorong belakang sebuah hotel di Jalan Merdeka, Taman Melaka Raya, di sini, kelmarin.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, mangsa yang berusia 20-an dikatakan berjalan seorang diri dan tidak menyedari dia diperhatikan dua lelaki menunggang motosikal Yamaha 125Z.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, suspek yang menunggu peluang itu telah mendekati mangsa sebelum pemboncengnya menarik beg tangan wanita itu dan memecut laju meninggalkan lokasi kejadian.

“Kerugian yang dialami mangsa membabitkan sejumlah wang tunai, telefon bimbit dan barangan peribadi disimpan di dalam beg yang dilarikan kedua-dua suspek terbabit.

“Akibat kejadian itu, mangsa terjatuh atas jalan dan dia cedera ringan di tangan dan lutut," katanya. - sumber

No comments :

Post a Comment